Zurich – Sebuah syarikat jam Switzerland semalam mempamerkan jam tangan ‘Swiss Mad’ berharga 1 juta euro dengan bekasnya dibuat daripada keju musim sejuk tempatan sementara permukaannya berwarna merah putih, warna bendera negara itu.
Jam yang dihasilkan syarikat H Moser itu bertujuan menyindir peraturan baru yang ketat terhadap syarikat pembuat jam yang menggunakan label ‘Swiss Made’ (Buatan Swiss) yang kini perlu menggunakan 60 peratus komponen domestik, berbanding 50 peratus sebelum ini.
H Moser menggugurkan perkatan ‘Swiss Made’ dari semua produknya dan menggantikannya dengan ‘Swiss Mad’ kerana membantah undang-undang baru itu yang disifatkannya sebagai tidak bermakna
-kualalumpurpost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan