"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Asal usul logo CAPAL pada kopiah

Saya percaya ramai yang MASIH TAK TAHU pasal LOGO CAPAL pada kopiah yang banyak kita jumpa dijual di pasar-pasar malam, kedai jubah, car boot sales dan sebagainya. Masyarakat perlu ambil tahu pasal perkara ini. Ramai ibu-bapa beli tapi tak tahu tentang maksud logo itu.

ASAL USUL CERITA

Lakaran bentuk capal seperti bermata dua itu dikatakan dilakar oleh pemimpin agama Barelvi/Brelwi di India. Diajarkan kepada pengikutnya supaya memuliakan lakaran itu dengan janji pelbagai khasiat dan mendakwa bahawa memuliakan lakaran capal adalah tanda benarnya iman seseorang.

Agama Brelwi banyak terlibat dengan kepercayaan dan amalan berdasarkan hadith-hadith palsu yang direka, malah mereka banyak mencipta hadith-hadith palsu, memuja kubur-kubur dengan memohon hajat kepada roh-roh, serta membina bangunan di atas kubur yang jelas bertentangan dengan pesanan nabi saw.

Namun tidak ada seorang pun dikalangan ulama' hadith atau para salaf yang ada menjumpai hadis / dalil berkenaan dengan fadhilat lakaran melakar capal nabi s.a.w apatah lagi hendak bertawassul dengan bentuk lakaran itu. Ia amat bertentangan dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi s.a.w.

Antara doktrin yang ditanam kepada pengikut mereka ialah :

'Sesungguhnya wali-wali Allah adalah pintu rahmat Allah, dan memohon rahmat mestilah melalui pintu-pintunya. Maka kubur wali mesti dikunjungi untuk memohon rahmat.'

Ini salah satu ajaran pelik yang di ada-adakan dalam agama. Mereka juga mencipta perayaan di atas kubur dan mendakwanya sebagai 'sunnah' dan 'syiar Islam.' Malah mereka bernazar di kubur dengan membawa pelbagai jenis makanan, serta tawaf di kubur dengan alasan mengambil berkat.

BARELVI DAN PENGARUH SYIAH

Banyak pengaruh syiah yang ada dalam amalan dan kepercayaan Barelvi. Selain bertawassul dengan lakaran capal, pemimpin Barelvi juga juga mengatakan boleh menggantung lakaran kubur Husain di rumah mereka untuk mengambil berkat.

Para ulama' ahl sunnah wal jamaah memperingatkan tentang bahaya akidah Brelwi. Umat Islam pula ada yang terpedaya kerana Barelvis / Brelwi mendakwa mereka adalah ahl sunnah waljamaah yang bermazhab Hanafi. Mereka juga mendakwa bahawa mereka sangat cinta kepada nabi.

SANGGUP PAKAI ?

Apakah kita hendak menggunapakai lakaran yang datang daripada golongan yang memalsukan hadith nabi saw dan memalsukan ajaran nabi saw?

Apatah lagi, sudah jelas lagi bersuluh bahawa bertawassul dengan objek tertentu bukanlah ajaran dari Nabi kita, Muhammad s.a.w.

JADI, JANGAN BELIKAN LAKARAN-LAKARAN CAPAL YANG TERDAPAT PADA APA SAHAJA SAMA ADA KOPIAH, BAJU, KEY CHAIN & SEBAGAINYA INI KEPADA ANAK-ANAK ATAU UNTUK DIRI KITA SENDIRI KERANA IA MEMBAHAYAKAN AKIDAH KITA.

Sumber :
- Ustaz Mohammad Rizal Johari
- Anti-Syiah Nusantara (https://goo.gl/3G4i8Z)

Info Dari : http://www.viralisma.net/…/simbol-capal-nabi-di-kopiah-bera…

Tiada ulasan: