Rawatan menggunakan laser itu menjadi kegilaan golongan lelaki yang mahu putihkan zakar.
PARIS - Pakar bedah plastik menyuarakan kebimbangan terhadap bahaya rawatan pemutihan zakar yang kini menjadi kegilaan di Thailand.
“Saya rasa ia tidak perlu dibuat jika pesakit tidak perlukan rawatan itu. Kebanyakan bahan yang digunakan termasuk menggunakan laser, asid atau bahan kimia untuk tujuan pemutihan agak agresif,” kata pakar dalam prosedur alat kelamin di Milan, Massimiliano Brambilla.
Sebuah klinik di Bangkok menjadi tumpuan selepas 100 lelaki menggunakan perkhidmatan itu yang menelan kos AS$650 (RM2,526) untuk rawatan lima sesi laser.
Menurut statistik global dikeluarkan Persatuan Pembedahan Plastik Estetik Antarabangsa (ISAPS), Thailand menduduki tangga ke-21 dari segi jumlah prosedur kosmetik yang dilakukan pada 2016.
- AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan