N Faizal Ghazali
Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan akan membuat laporan polis terhadap Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan Husam Musa bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018.
Ia susulan kenyataan Husam mengenai dakwaan kelulusan tanah pembalakan baru akan dibuat oleh kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Kecil Perhutanan (JKKP) hari ini.
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Datuk Zahari Ibrahim berkata dakwaan itu tidak benar sama sekali.
"Susulan itu, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan memandang serius tentang dakwaan palsu ini dan akan membuat laporan polis mengenai berita palsu di bawah Akta Anti Berita Tidak Benar 2018," katanya dalam kenyataan media di Kota Bharu, hari ini.
Zahari bagaimanapun mendedahkan butiran lanjut tindakan itu, termasuk bila dan di mana laporan itu akan dibuat.
Terdahulu, Husam yang juga penyandang anggota dewan undangan negeri (ADUN) Salor menghantar surat kepada Datuk Ahmad Yakob sebagai menteri besar sementara supaya membekukan kelulusan balak di negeri itu.
Katanya, beliau difahamkan ada kertas cadangan untuk meluluskan permohonan-permohonan melibatkan hutan simpan dengan keluasan yang amat besar pada mesyuarat itu.
Bagaimanapun, Zahari menafikan dakwaan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan