"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pas terima duit Umno: Syed Azman sahkan suara Nik Abduh 100 peratus

MALAYSIA DATELINE 
Pas terima duit Umno: Syed Azman sahkan suara Nik Abduh 100 peratus
Bekas Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Syed Azman Syed Nawawi secara terang-terangan mengesahkan bahawa audio yang dikatakan suara Nik Abduh Nik Aziz adalah benar 100 peratus.

Rakaman ucapan Dr Syed Azman itu dibuat ketika berceramah di Kedah yang dimuat naik oleh pengguna laman sosial menerusi klip video di laman Youtube berdurasi 2 minit 25 saat.

Syed Azman mengesahkan dakwaan Ahli Parlimen Pokok Sena dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu mengenai audio suara Nik Abduh itu adalah benar.

“Saya nak buat pengesahan bagi apa yang disebut Mahfuz. Sumber kewangan Umno yang disalurkana kepada Pas.

“Saya pada malam ini mengesahkan 100% Umno sedang membantu Pas untuk menghancurkan Pakatan Harapan.

“Saya nak sahkan audio yang telah tersebar luas seluruh negara yang bernama Nik Abduh adalah audio yang 100 sah takda takwil lagi.

“Jika Nik Abduh tak berani untuk mengesahkan, saya ‘bagi pihak’ Nik Abduh suaranya, 100 peratus daripada Nik Abduh.

“Sebagaimana disebut Presiden AMANAH hubungannya dengan Umno dan CIA…tak terbayang boleh berkawan dengan CIA dan FBI.

“Zaman kami dulu tidak sampai tahap itu. Pada malam ini saya sahkan itu ucapan Nik Abduh yang tersebar luas yang telah memecah-belahkan pimpinan Pas.

“Yang telah meletakkan kawan-kawan menjadi mangsa apa yang dilakukan konspirasi jahat oleh mereka yang mana dalang dibelakannya adalah pemimpin-pemimpin Umno dan BN,” ujarnya.

Beliau turut menggesa rakya negeri Kedah bersama PH memberi sokongan dan dokongan kepada Pakatan Harapan.

Pada Februari lalu, klip audio di media sosial yang didakwa sebagai ‘bukti’ penyaluran wang oleh Umno kepada Pas tular di media sosial

Rakaman selama seminit 18 saat itu mendakwa Pas meminta RM2 juta daripada Umno dan ia dibuat dengan pengetahuan seorang pemimpin kanan Pas.

Antara lain, wang berkenaan didakwa bertujuan untuk kegunaan pada pilihan raya negeri Sarawak dan untuk menjatuhkan DAP.

Sementara itu, versi penuh audio tersebut disebar di media sosial kemudiannya antara lain mendedahkan beberapa pimpinan PAS mengambil wang daripada Umno selain suara yang dikatakan mirip Nik Abduh itu mendakwa mempunyai hubungan dengan pihak Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.

Bagaimanapun Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu menafikannya dan menyifatkannya sebagai “karut, mengarut dan fitnah” terhadap dirinya serta Pas.

Tiada ulasan: