"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelantikan ke Kabinet: Nik Omar enggan komen

ADILA SHARINNI WAHID
KOTA BHARU - Anak kedua bekas Mursyidul Am Pas, Nik Omar Nik Abdul Aziz mengambil pendekatan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan apabila namanya disebut-sebut antara yang bakal dilantik dalam barisan hadapan Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan.

“Belum putus dan tak pasti lagi. Kita diam dulu,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Bekas calon di Dun Chempaka itu juga tidak mengulas lanjut berhubung persoalan tersebut biarpun nama beliau dikaitkan akan menjawat jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memfokuskan bidang agama.

Pada pilihan raya lalu, Nik Omar yang pertama kali bertanding atas tiket PKR tewas dengan pencabarnya, Ahmad Fathan Mahmood juga penyandang yang mengekalkan kerusi di kubu kuat Pas sejak 28 tahun lalu.

Dalam pada itu, beliau dalam ceramah yang disiar secara langsung menerusi Facebook miliknya menyeru rakyat memberi masa dan ruang kepada kerajaan pusat yang diterajui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berkhidmat serta membuktikan yang terbaik kepada rakyat.

“Kita tengok masih ada lagi yang negatif termasuk membuat anggapan bahawa Tun akan kembali kepada Umno dan dikuasai Umno, pengaruh DAP dan semua sekali.

“Itu (golongan) yang tidak memberi peluang kepada Harapan. Baru tadbir tiga, empat hari tapi mereka nak selalu doh kalu boleh (tukar) hari ini, esok tu semua sekali hok kita janji boleh selalu, sedangkan hok asas tu kita janji dalam masa 100 hari (GST),” katanya.

Tiada ulasan: