DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Alhamdulillah, hari ini saya telah ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Putrajaya.
Rencana pertemuan saya bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM iaitu Datuk Seri Mohd Azam Baki tadi adalah bagi menyampaikan serta menyuarakan kebimbangan kami di barisan pembangkang dan masyarakat madani.
Isu rasuah dan salahguna kedudukan adalah isu yang sangat penting kerana ia akan menentukan jatuh bangun bangsa ini, tergantung pada tekad dan iltizam kita dalam menyanggahnya.
Selainnya, saya turut berkongsi dengan Datuk Seri Azam Baki bahawa terdapat percubaan dari pihak pemerintah melalui seorang ‘Menteri Kanan’ yang menggunakan ugutan serta tekanan kepada beberapa orang ahli Parlimen pembangkang demi untuk terus berpaut pada kuasa, dan ia memerlukan tindakan dan siasatan menyeluruh berhubung ini.
SPRM wajar diberi kebebasan dan kepercayaan bahawa badan itu adalah badan yang punya integriti serta keupayaan untuk menyiasat kes-kes rasuah tanpa rasa gentar dan pandang bulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan