"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

DUN Selangor bubar Jumaat ini

Sultan Sharafuddin perkenan bubar DUN Selangor Jumaat ini
Malaysiakini

Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berkuat kuasa Jumaat , 23 Jun ini, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengisytiharan pembubaran berkenaan dibuat oleh setiausaha sulit baginda, Mohamad Munir Bani di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah, hari ini.

Baginda turut berkenan menandatangani proklamasi pembubaran DUN Selangor. 

Terdahulu, Menteri Besar Amirudin Shari menghadap Sultan Selangor bagi memohon perkenan pembubaran DUN negeri itu. 

Turut berangkat pada istiadat itu Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri Haris Kasim, Speakar DUN Selangor Ng Suee Lim dan barisan Ahli Dewan Diraja Selangor.

Tiada ulasan: