"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita saman ibu bapa sendiri sebab lahirkan dirinya tanpa persetujuan

KIM SYAZIE
Kass Theaz on TikTok
Seorang wanita dari Amerika Syarikat memfailkan saman terhadap kedua ibu bapanya kerana tidak meminta izin darinya sebelum melahirkannya ke dunia.

Kata wanita yang dikenali sebagai Kass Theaz ini lagi, dia membuat tindakan itu kerana orang tuanya telah membesarkannya biarpun dia tidak bersetuju telah dilahirkan.

“Saya saman ibu bapa saya sebab mereka melahirkan saya tanpa keizinan saya. Ini kerana saya tidak bersetuju untuk dilahirkan di muka bumi ini.”

Katanya, dia tidak mengetahui apabila lahir di dunia, dia perlu bekerja semata-mata untuk kelangsungan hidupnya. Atas kepayahan yang dihadapinya, dia bertindak memfailkan saman.

@isatandstared
Replying to @JCNCLP

♬ original sound – Kass Theaz
Lebih pelik lagi, wanita ini berpesan kepada wanita di luar sana supaya menggunakan medium psikik untuk berhubung dengan bayi di dalam kandungan jika ingin melahirkan mereka.

“Ingat, kalau mereka tak nak anda perlu ‘hentikannya’, kalau tidak dia akan saman anda.”

Theaz mempunyai anak tetapi ianya anak angkat dan dakwanya dia dapatkan anak dengan cara yang lebih beretika.

Tiada ulasan: