"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemuda cabul wanita Sepanyol, miliki video lucah didenda RM7,000

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang pemuda didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencabul kehormatan wanita warga Sepanyol dan memiliki video lucah, minggu lalu.

Muhammad Aiman Danial Mohd Najib, 21, yang bekerja sebagai pembantu kedai runcit membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Siti Nora Sharif, menurut Harian Metro.


Stay up-to-date by following FMT's Telegram channel
Beliau turut menetapkan tertuduh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda bagi pertuduhan mencabul; serta denda RM2,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda bagi kesalahan memiliki bahan lucah.

Mengikut pertuduhan pertama, Aiman didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan mencabul kehormatan mangsa berusia 22 tahun itu di Lorong Seni @ Lorong Panglima Ipoh, di sini iaitu berhampiran dengan Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri), 7 petang 24 Jan lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki video lucah yang terdapat dalam sebuah telefon bimbit di tepian Jalan C.M. Yusuff, Taman Jubilee, di sini kira-kira 6 petang 25 Jan lalu.

Dakwaan bagi kedua-dua kesalahan itu masing-masing dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Aqilah Syaza Ariffin mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Robert Gnanarajan.

Terdahulu, Nur Aqilah meminta tertuduh dikenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kesan emosi perbuatan tertuduh terhadap mangsa.

Bagaimanapun Gnanarajan meminta mahkamah mempertimbangkan hukuman denda terhadap tertuduh dengan mengambil kira tertuduh yang berpendapatan sekitar RM50 sehari sebagai pembantu kedai runcit selain mengakui kesilapannya dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu lagi.

Tiada ulasan: