"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sindrom dah ‘chukop jumloh’, ini 3 perangai keji PN

Harapandaily

INJANG

Tanpa wawancara khas agensi media bersama Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, umum dah sedia tahu memang idea pembentukan Kerajaan Perpaduan ini ditolak mentah-mentah oleh PN dengan penuh angkuh.

Sedangkan Kerajaan Perpaduan adalah usul yang paling rasional dan relevan.

Cadangan itu sepatutnya disambut dengan baik oleh semua pihak tanpa mengira ideologi dan fahaman politik, untuk sama-sama membangunkan negara yang sedang cuba “sembuh” semula pasca pandemik.

Jadi, kenapa ianya ditolak?

Puncanya ego, sombong dan tamak.

Ego, sebab walaupun tiada parti dapat majoriti mudah, PN merasakan semua parti akan berhimpun belakang mereka, sejak mereka adalah kerajaan terdahulu walaupun hasil tebuk atap.

Oleh itu, PN rasa tiada keperluan untuk berhati besar serta menghulurkan tangan tanda persahabatan.

Bagi PN, kalau tak dapat capai matlamat lebih baik bermusuh dari bekerjasama.

Sombong, sebab daripada mereka sertai yang lain, PN nak orang lain yang sertai mereka.

PN rasa, kalau sertai pihak lain, mereka akan jadi rendah diri. Walaupun jumlah kerusi dah cukup membuktikan mereka bukan superior.

Mengenali PN, mereka memang dipenuhi makhluk delusional yang bukanlah dari kalangan manusia-manusia yang tahu menerima hakikat. (Dah chukowp jumlowh syndrome).

Tamak. Kita sendiri tengok dalam tempoh singkat, macamana PN menjarah dan mentadbir negara sesuka hati. (Lihat berapa banyak kes kantoi bila kerajaan bertukar tangan).

Menganugerahkan jawatan, sebat segala, tutup Parlimen sesuka hati walaupun depa mentadbir waktu negara tengah menghadapi pandemik global.

Jadi, mana mungkin dengan semua yang depa dah pernah nikmati tu, tiba-tiba depa nak kena “berpuasa” atau slow down bila join pentadbiran parti lain.

Sekali dah merasa enaknya korupsi, memang payah la untuk depa kembali ke pangkal jalan. Berlebai mahupun tidak, sama saja tamak dan rakusnya.

Secara logiknya, dengan tiada majoriti mudah, dan PN memilih untuk jadi pembangkang dengan jumlah ahli Parlimen yang agak selesa, sepatutnya kita boleh dapat barisan pembangkang yang solid dan sangat berkemampuan untuk semak imbang kerajaan hari ini.

Tapi apa yang kita dapat? Barisan pembangkang bebal yang bercakap serupa badut, delusional, gila kuasa, clueless dan tak boleh pakai. Sampai wartawan pun malas layan depa punya PC. (Rujuk PC mat jargon).

Jadi, daripada ada pembangkang yang bangang. Patutnya hari itu, semua parti bergabung jadi Kerajaan Perpaduan.

Sebab apa gunanya ada pembangkang, kalau sekadar nak jadi pembangkang yang tak berfungsi?

Kerana, ego, sombong dan tamak.

Lalu kita dimomokkan pulak dengan naratif dan sentimen agama serta perkauman, mengatakan PN tidak akan menyertai Kerajaan Perpaduan kerana tidak mahu ada kerjasama dengan DAP.

Tidak mahu terlibat dengan kafir, Cina katanya. Dasar hipokrit anjing. Gerakan itu parti apa pula? Dan kenapa dulu boleh bekerjasama dengan DAP?

Kenapa sekarang tiba-tiba tidak boleh? Maka guna alasan agama dan kaum untuk tolak usul membentuk Kerajaan Perpaduan, nyatalah bullshit semata-mata.

Perbezaan fahaman dan ideologi sememangnya perlu diraikan dalam sistem demokrasi.

Tapi biarlah perbezaan itu membawa kita ke arah kemajuan dan kejayaan. Bukan ke arah kehancuran dan kemunduran.

Jangan sebab tamakkan kuasa, negara ni nak dijadikan “medan perang” politik.

Dihasut dan dibakar api kebencian dengan ketaksuban sebagai pemangkin, hingga yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.

Tiada ulasan: