"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

3 'samseng' ditahan, 7 motosikal disita

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
TIGA penunggang motosikal ditahan dalam operasi di sekitar Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban. FOTO ihsan Polis
TIGA penunggang motosikal ditahan dalam operasi di sekitar Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban. FOTO ihsan Polis
Kuala Lumpur: Tindakan tiga penunggang melakukan aksi berbahaya di sekitar Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban mengundang padah apabila ditahan polis awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, Unit Risikan/ Operasi JSPT Bukit Aman dengan kekuatan dua pegawai kanan dan lapan pegawai rendah polis mengadakan Operasi Samseng Jalanan di kawasan itu pada jam 12 tengah malam sehingga 4 pagi, hari ini.

Menurutnya, objektif utama operasi ini adalah untuk membendung dan membanteras kegiatan samseng jalanan serta mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

"Dalam operasi ini, tiga lelaki berusia 21 hingga 24 tahun ditahan kerana melakukan kesalahan menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya di dua lokasi berbeza.

"Tangkapan pertama dijalankan pada 1.30 pagi terhadap seorang lelaki yang menunggang motosikal dengan melakukan aksi meniarap di atas motosikal sambil meluruskan kedua-dua belah kaki ke belakang (superman) bermula dari kilometer (km) 289 sehingga km 291 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah utara dan tangkapandijalankan di stesen minyak Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Bangi Lebuhraya Utara Selatan arah selatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azman berkata, tangkapan kedua dijalankan pada 3.44 pagi terhadap dua lelaki yang menunggang motosikal dengan melakukan aksi bersaing sesama sendiri sambil meniarap di atas motosikal dan meluruskan kedua-dua belah kaki ke belakang (superman) bermula dari km 294 sehingga km 299 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban arah utara dan tangkapan dijalankan di restoran di Dang Wangi.

"Tangkapan dibawa ke Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang

"Selain itu, pada 3.15 pagi, turut dinahan penunggang sekumpulan motosikal yang ditunggang dalam mencurigakan di perkarangan stesen minyak RnR Bangi Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di mana hasil pemeriksaan dapati empat penunggang daripada kumpulan motosikal itu tidak mempunyai lesen memandu dan mengubahsuai motosikal," katanya.

Beliau berkata, secara keseluruhan tiga tangkapan dijalankan dan tujuh motosikal disita atas kesalahan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Selain itu, 30 jumlah saman dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan.

"Mereka semua menetap di sekitar kawasan terdekat iaitu dari sentul, shah alam, dan subang jaya dan hanya menjadikan lebuh raya itusebagai tempat untuk berkumpul dan menghabiskan masa yang terluang," katanya.

Tiada ulasan: