KOSMO
Sekumpulan individu melempar tepung dan kotak ke arah pasangan pengantin tersebut. – Eva
BEIJING – Sepasang pengantin baharu di Zhaoqing, wilayah Guangdong terkejut apabila dilempar tepung dan kotak pada majlis perkahwinan mereka sehingga mengalami lebam pada badan, lapor portal berita Wolipop kelmarin.
Dalam kejadian pada 21 Januari lalu, rombongan pengantin lelaki tiba di luar sebuah hotel untuk menjemput pengantin perempuan.
Sejurus mereka berjalan beriringan bersama beberapa pengiring, sekumpulan individu melempar tepung dan kotak ke arah pasangan tersebut.
Dalam beberapa gambar yang dikongsikan di media sosial, pengantin lelaki dipenuhi tepung selain terdapat kesan lebam pada badan pengantin perempuan.
Kesal dan marah, pasangan tersebut menghubungi polis. Pihak berkuasa kemudian tiba dan menahan individu terbabit.
Menurut polis, tiga individu ditahan namun mereka tidak menyatakan motif berbuat demikian.
Insiden itu tular dan menerima pelbagai komen netizen. Mereka menyuarakan simpati kepada pasangan pengantin berkenaan.
“Melihat pengantin perempuan membuatkan saya kasihan kepadanya. Hari penting dalam hidupnya telah berubah menjadi seperti itu,” kata seorang netizen. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan