"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terkejut hasil pancingan peti besi berisi duit hampir RM500,000

Dapat duit hampir RM500,000 ketika memancing

KOSMO!
Kane (kiri) dan Agostini (kanan) mendapat AS$100,000 ketika memancing di sebuah tasik di New York minggu lalu. - Foto Spectrum News NY 1
NEW YORK  – Sepasang kekasih berjaya memancing peti besi mengandungi wang tunai berjumlah AS$100,000 (RM470.679) di sebuah tasik di Bandar Raya New York, lapor akhbar New York Post kelmarin.

James Kane dan Barbie Agostini membaling pancing magnet ke dalam  tasik itu di Taman Corona petang Jumaat lalu. 

Apabila merasakan mengenai sesuatu yang besar semasa ‘memancing’, mereka menarik tali dan mendapati ia adalah peti besi lama.

Mereka membuka peti besi tersebut dan menemui wang itu yang dibalut dengan plastik. 

“Malangnya, wang ini basah dan  hampir musnah,” kata Kane yang merupakan seorang  pemancing magnet veteran.

Mereka menghubungi polis untuk mengelakkan sebarang masalah undang-undang. 

Oleh kerana tiada cara untuk mengenal pasti pemilik peti besi itu  yang berkemungkinan dicuri, Kane dan Agostini dibenarkan menyimpan wang tersebut. – AGENSI

Tiada ulasan: