Wartawan HM
am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh yang terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan derma ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.
Menurut sumber, pasangan suami isteri ditahan SPRM jam 6.40 petang bagi membantu siasatan selepas sebelum ini membuat kutipan derma melebihi jutaan ringgit namun difahamkan wang itu tidak disalurkan secara betul.
"Pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya jam 9 pagi esok untuk permohonan reman," katanya.
Sebelum ini pempengaruh terbabit menerusi peguamnya menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah membabitkan dirinya seperti yang tular di media sosial, sejak kebelakangan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan