"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Blogger’ meninggal dunia selepas lahap ayam goreng

KOSMO
Tangkap layar menunjukkan Manoy Apatan menikmati hidangan ayam goreng sebelum dikejarkan ke hospital. - Maskulin
MANILA – Seorang pencipta kandungan melahap makanan ‘mukbang’ di Filipina meninggal dunia selepas makan ayam goreng bersama nasi, lapor saluran berita TNP kelmarin. 

Dongz Apatan, atau nama sebenarnya Manoy Apatan yang berusia 38 tahun itu disahkan meninggal dunia akibat serangan strok. 

Manoy kali terakhir dilihat menerusi sebuah hantaran pada 13 Jun lalu, memaparkan dirinya menikmati sejumlah besar ayam goreng yang dimakan bersama nasi. 

Menurut adik perempuannya, Leah Apatan, dia mengalami serangan jantung kira-kira pukul 3 petang (waktu tempatan) sebelum dikejarkan ke hospital berdekatan. 

“Terdapat banyak komen yang mengatakan Manoy layak mati kerana tamak, tetapi itu hanya sekadar kandungan. 

“Dia sebenarnya tidak makan banyak dan dia juga tidak menghabiskan makanannya. Manoy tidak tamak, malah sering membantu orang lain,” kata Leah. 

Sementara itu, pakar jantung, Tony Leachon berkata kematian lelaki itu berpunca daripada strok hemoragik.

“Menurut pakar yang merawatnya di bilik kecemasan, dia mengalami pembekuan darah di otak. Ini bermakna tekanan darah meningkat dan saluran darah di otak pecah.

“Ia berpunca daripada makanan kandungan tinggi garam dan pengambilan daging. Jika melakukannya setiap hari, saluran darah di dalam otak akan tersumbat,” kata Tony. 

Manoy Apatan mempunyai lebih 457,000 pengikut di laman Facebook dan aktif berkongsi videonya menikmati hidangan bersaiz besar. – AGENSI

Tiada ulasan: