"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menteri Pengangkutan Anthony Loke mencetuskan situasi mencemaskan di Dewan Rakyat

Malaysiakini 

Menteri Pengangkutan Anthony Loke mencetuskan situasi mencemaskan di Dewan Rakyat hari ini apabila percakapannya tersekat-sekat dan tercungap ketika menjawab soalan.

Sambil menepuk dada beberapa kali, Loke kemudian duduk untuk berehat sambil memberi isyarat kepada timbalannya, Hasbi Habibollah yang turut berada di dalam Dewan Rakyat untuk meneruskan sesi itu.

Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) yang prihatin menasihatkannya supaya menjalankan pemeriksaan kesihatannya di hospital.

“Relaks dulu Yang Berhormat (YB), kena periksa di hospital. Bahaya, bahaya,” katanya.

Malaysiakini difahamkan bahawa Loke sesak nafas kerana dia berlari dari keretanya ke Dewan Rakyat, kerana dia adalah menteri pertama mengikut jadual untuk menjawab soalan pertama.

Loke dilaporkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas akibat hujan lebat di Lembah Klang pagi ini.

Selepas berehat sebentar, Loke mengambil alih semula tugas tersebut daripada timbalannya dan menjawab soalan tambahan dikemukakan oleh Wong Chen (PH-Subang) berhubung maklumat terkini kes pemandu e-hailing kurang upaya yang didakwa diserang oleh pengiring pemangku sultan Johor.

Tiada ulasan: