Agensi
Baby Tingzi. FOTO Agensi
Beijing: Gadis dari China mendapat perhatian ramai kerana terlalu kurus dengan berat hanya 25 kilogram (kg) dan ketinggian 160 sentimeter (sm).
Walaupun sudah kurus, gadis dikenali Baby Tingzi itu mahu menurunkan lagi berat badannya.
Dia mempunyai lebih 42,000 peminat di aplikasi Douyin yang sentiasa menyatakan kebimbangan mengenai kesihatannya.
Baby Tingzi bagaimanapun menepis kebimbangan itu dengan mendakwa dia lebih suka menjadi sangat kurus.
Tambahnya, bayang dirinya yang seperti rangka juga tidak mempunyai kesan negatif terhadap hidupnya.
Pempengaruh media sosial semakin dikenali itu dilaporkan berasal dari Guangzhou, Wilayah Guangdong China, sentiasa berkongsi klip video dirinya dalam pakaian yang minima untuk mempamerkan fizikalnya yang langsing dan kelihatan tidak peduli dengan kritikan.
Dalam kebanyakan video, Baby Tingzi menari di hadapan kamera dan bergambar dalam pakaian yang mendedahkan, menunjukkan kaki dan lengannya yang kurus.
Dia juga kerap menimbang berat badan untuk memaklumkan peminatnya mengenai penurunan direkodkan.
Selepas Baby Tingzi tular di media sosial China, ramai yang mengulas bahawa dia berkemungkinan besar mengalami anoreksia dan memerlukan bantuan perubatan segera, malah ada yang menggelarkannya sebagai rangka berjalan atau menari.
"Sukar untuk membayangkan orang dewasa seberat 25 kg," tulis seorang warganet.
"Ya Tuhanku, saya benar-benar takut kamu akan mati semasa saya melihat telefon," tulis seorang lagi warganet.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan