"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis tahan lelaki tular langgar motosikal di Kuala Kurau

Malaysiakini 
story-image
Polis menahan seorang pemandu kereta lelaki yang disyaki melanggar sebuah motosikal dinaiki dua individu di Kuala Kurau dekat Kerian.

Insiden itu tular dalam dua video yang dimuat naik di laman sosial X pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff dalam kenyataan berkata seorang lelaki berusia 37 tahun dan rakan lelakinya berusia 40 tahun telah membuat laporan polis berhubung kejadian di Balai Polis Kuala Kurau, Selasa lalu. 

Juna berkata menurut kedua-dua pengadu, mereka cuba menahan kereta yang dipandu suspek berusia 48 tahun itu kerana dipercayai terlibat dalam kemalangan dengan seorang individu lain dan cuba melarikan diri.

"Namun, ketika sampai di Jalan Bawah Kuala Kurau kereta tersebut telah bertindak menghimpit dan melanggar mangsa bersama rakannya itu dan terus melarikan diri," katanya.

Beliau berkata polis berjaya mengesan keberadaan suspek yang ditahan di Kuala Kurau dan kereta jenis Toyota Corolla Altis dirampas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- Bernama

Tiada ulasan: