"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim terkejut Ismail Sabri jadi suspek

Minderjeet Kaur

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man terkejut bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob dinamakan sebagai suspek dalam siasatan rasuah melibatkan rampasan ratusan juta ringgit dana kerajaan.

“Mengejutkan sebab beliau dikaitkan dengan perkara ini. Sebab mula-mula ingat beliau saksi. Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata beliau bukan saksi, tetapi kemungkinan akan dituduh,” katanya kepada FMT di Dewan Rakyat.

Tuan Ibrahim berkata, PAS masih lagi meneliti kes berkenaan memandangkan wang ditemukan itu bukan di kediaman Ismail.

Katanya, PAS akan menyerahkan kepada pihak berkuasa menyiasat dan berpegang pada prinsip ‘seseorang itu tidak bersalah sehingga disabit salah di mahkamah’.

“Cuma apa-apa dokumen itu tanggungjawab beliau untuk memberikan (kepada SPRM). Kita percaya kepada sistem kehakiman yang adil untuk memutuskan sesuatu perkara,” katanya.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan Ismail adalah suspek utama dalam kes itu dan beliau akan dipanggil semula pada Rabu.

Azam juga berkata, wang tunai RM170 juta dan jongkong emas bernilai RM7 juta dirampas dari beberapa premis dipercayai digunakan sebagai ‘safe house’ oleh proksi disyaki.

Ahli Parlimen Bera itu kali pertama dipanggil pada 19 Feb, telah mengisytiharkan aset yang menjadi sebahagian siasatan ke atas perbelanjaan dana untuk tujuan promosi dan publisiti, semasa beliau menjadi perdana menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Menurut Azam, 13 akaun melibatkan sekitar RM2 juta dibekukan.

Namun, beliau berkata akaun Yayasan Keluarga Malaysia tidak dibekukan kerana ia akaun institusi yang aktif, bukan akaun peribadi.

Katanya, akaun Ismail kekal bawah siasatan.

Azam juga berkata, 31 saksi telah disoal siasat setakat ini dan ‘sekurang-kurangnya dua ke tiga orang’ adalah ahli politik.

Tiada ulasan: