"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Semata-mata demi content seorang gadis kencing diatas produk makanan disebuah pasar raya menyebabkan kerugian lebih RM6,000

Wanita 'lepas hajat', pasar raya rugi lebih RM6,000

Sinar Harian
Sebuah pasar raya mengalami kerugian A$1,500 selepas seorang wanita membuang air kecil di atas produk makanan. - Foto Sinar Harian
KEENE: Sebuah pasar raya mengalami kerugian sebanyak A$1,500 (RM6,693) selepas seorang wanita membuang air kecil di atas produk makanan.

Kelli Tedford, 23, didakwa berkelakuan jijik semata-mata demi content atau kandungan untuk meraih populariti.

Jurucakap pasar raya Monadnock Food berkata, berdasarkan kamera litar tertutup (CCTV), Tedford didapati sengaja merakam dirinya membuang air kecil di atas makanan organik seperti quinoa, kacang walnut dan hirisan buah kelapa yang dipamerkan untuk jualan.

“Akibat tindakan itu, pihak pasar raya terpaksa menarik semua produk yang tercemar dari rak jualan, menyebabkan kami mengalami kerugian besar selain perlu menanggung kos pembersihan menyeluruh.

“Selepas mendapat laporan mengenai insiden itu, saya segera menghubungi pelanggan yang membeli makanan di bahagian tersebut serta memastikan tiada produk segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan makanan sejuk beku terjejas,” katanya.

Tambahnya, pihak pasar raya telah mengambil tindakan segera termasuk bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Keene dan pihak polis bagi memastikan keselamatan kawasan jualan mereka terjamin.

Rentetan peristiwa itu, Tedford telah ditahan oleh pihak berkuasa dan sedang berdepan tindakan undang-undang atas kesalahan mencemarkan bahan makanan dan mengganggu ketenteraman awam.

Siasatan lanjut mendapati ini bukan kali pertama Tedford melakukan perbuatan menjijikkan tersebut malah wanita itu pernah tular di media sosial selepas dirakam membuang air kecil di tempat awam pada 2021. - Sinar Harian memetik agensi

Tiada ulasan: