"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tergamak 'jual anak' untuk langsai hutang

Raja Noraina Raja Rahim dan Dalila Amair
Datuk Seri Michael Chong (duduk dua kiri) bersama beberapa mangsa pinjaman duit dengan Ah long di Wisma MCA. - NSTP/Fathil Asri
Datuk Seri Michael Chong (duduk dua kiri) bersama beberapa mangsa pinjaman duit dengan Ah long di Wisma MCA. - NSTP/Fathil Asri
KUALA LUMPUR: Seorang bapa dipercayai 'menjual' anak perempuannya kepada sindiket ceti haram atau ah long bagi melangsaikan hutang berjumlah lebih RM9,000.

Tindakan lelaki itu disedari anak perempuannya yang berusia 21 tahun selepas gadis terbabit menerima beberapa panggilan daripada lelaki tidak dikenali yang mahu mendapatkan perkhidmatan seks.

Bapa tiri mangsa mahu dikenali Lai, 50, berkata awal Februari lalu, isteri dan anak tirinya menerima panggilan ugutan daripada sindiket Ah Long yang meminta mereka menjelaskan hutang berjumlah lebih RM9,000.

"Kami dapat tahu bekas suami kepada isteri saya membuat pinjaman dengan Ah Long dan menggunakan namanya sebagai penjamin tanpa pengetahuan sedangkan mereka berpisah dan tidak berhubung sejak 11 tahun lalu.

"Ah Long itu turut menghantar gambar bungkusan putih didakwa dadah dan mengugut mahu meletakkannya di rumah kami serta memanggil polis menangkap kami.

"Lebih mengejutkan, sindiket itu turut memuat naik gambar anak tiri saya di media sosial sambil menyatakan bayaran RM200 untuk melanggan," katanya dalam sidang media di Wisma MCA di sini, hari ini.

Berikutan kejadian itu, Lai yang menetap di Puchong, Selangor, membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan keluarga terutama anak tiri yang kini trauma.

Dalam perkembangan lain, warga emas dikenali Lan, 63, diganggu ah long selepas anak perempuannya berusia 24 tahun gagal melangsaikan pinjaman.

Jurujual dari Cheras, Selangor itu mendakwa mereka sudah lama terpisah selepas anaknya berumahtangga beberapa tahun lalu.

"Anak perempuan saya pernah beberapa kali meminjam ah long sehingga saya terpaksa menggunakan semua simpanan termasuk KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) untuk menjelaskan hutang berjumlah RM250,000.

"Saya terkejut apabila baru-baru ini terima mesej ah long minta saya jelaskan hutang. Saya ke rumah anak untuk kepastian tapi saya dihalau dan anak buat laporan polis bahawa saya mengganggunya," katanya.

Ketakutan akibat diganggu sindiket ah long, beliau tampil membuat laporan polis demi keselamatan dirinya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong, berkata 42 aduan berhubung kes ah long diterima pihaknya tahun ini.

Daripada jumlah itu, katanya, 16 kes membabitkan jumlah RM1.3 juta diterima pada Januari lalu, disusuli 24 kes bulan lalu dan dua kes bagi Mac setakat semalam.

Tiada ulasan: