"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warga emas tikam isteri kerana tidak setia

Agensi
LELAKI dikenali Sak ditahan selepas menikam isteri. FOTO Agensi
LELAKI dikenali Sak ditahan selepas menikam isteri. FOTO Agensi
Bangkok: Pertelingkahan rumah tangga membabitkan pasangan di wilayah Sing Buri bertukar tegang apabila suami berkenaan menyerang isterinya dengan alasan tidak setia.

Portal The Thaiger melaporkan, kejadian itu menyebabkan lelaki berkenaan ditahan saksi kejadian sebelum polis tiba di tempat kejadian beberapa saat kemudian.

Leftenan Polis Sthaporn Buttaka dari Balai Polis Mueang Sing Buri, wilayah Sing Buri, dimaklumkan mengenai serangan menggunakan pisau di Mukim Bang Man, daerah Mueang pada jam 6 pagi hari kejadian.

Hasil siasatan, dua motosikal dengan kesan darah ditemui.

Mangsa, Juthamas, 50, cedera parah dengan luka di kepala dan bahu.

Dia dibawa ke Hospital Sing Buri oleh anggota pasukan kecemasan.

Sebilah pisau patah berlumuran darah sepanjang kira-kira 0.13 meter ditemukan di kawasan berhampiran dan dikumpul sebagai bukti.

Orang ramai menahan suspek, dikenali sebagai Sak, 62, yang mengaku tinggal bersama Juthamas dan mempunyai seorang anak berusia 20 tahun serta sedang menjalani latihan vokasional.

Ketika isterinya bekerja di kilang pembungkusan gas di Sing Buri, Sak bekerja di Chai Nat.

Baru-baru ini, Sak mendapati isterinya tidak pulang atau balik lewat dan disyaki curang.

Selepas beberapa kali memerhatikan gerak-geri isterinya secara sembunyi sebelum ini, Sak hilang sabar hingga membawa kepada serangan pisau yang didorong oleh pengaruh alkohol.

Tiada ulasan: