"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rafizi sedia letak jawatan dalam kabinet jika kalah Pemilihan PKR dan Nurul Izzah perlu jadi 'panglima perang' jika menang pemilihan PKR

Saadiah Ismail
am@hmetro.com.my

Seri Kembangan: Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli memberi peringatan kepada Nurul Izzah Anwar untuk bersedia menjadi 'panglima perang' sekiranya dipilih menjadi Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu bulan ini.

Beliau berkata, tanggungjawab itu perlu dipikul dengan baik dan untuk mendapatkan sokongan yang berterusan daripada akar umbi, Nurul Izzah juga perlu bersedia untuk melawan lawannya.

"Kalau Nurul Izzah menjadi Timbalan Presiden, beliau kena ambil tanggungjawab dari saya sebagai 'kaki pukul' nombor satu mereka yang menyokong secara melulu, membongkarkan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS), menjadi perunding parti, berunding dengan BN dan PN.

"Walau apa pun, tidak kira siapa yang dipilih untuk menjawat jawatan itu, ia bukan semata-mata tawaran yang diberikan, sebaliknya bagaimana ia perlu dilakukan dan digerakkan.

"Walau apa juga tawaran yang diberikan, jika tiada taktik yang boleh menghidupkan semangat dan 'tenaga' di kawasan itu, jadi perkara itu tidak dapat dilaksanakan," katanya pada podcast Yang Bakar Menteri, di sini, hari ini.

Ia dipercayai merujuk kepada misi utama Nurul Izzah sekiranya dipilih kelak iaitu menumpukan usaha dan bekerja bersama anggota, pendukung serta sukarelawan parti khususnya membabitkan 50 kerusi marginal dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Bagaimanapun Rafizi berkata, hak bertanding pada pemilihan parti adalah hak masing-masing dan Nurul Izzah mempunyai hujah yang cukup dan perlu dihormati kerana setiap orang mempunyai sumbangan dalam parti.

"Cuma apa yang saya bimbangkan di dalam parti ini ialah mereka yang 'lebih sudu dari kuah', suka menimbulkan polemik dalam dan luar parti.

"Saya bimbang persepsi rakyat di luar sebab kita boleh bagi hujah apa pun, yang jadi hakim bukanlah perwakilan sebaliknya ialah pengundi dan Allah," katanya.

Rafizi sedia letak jawatan jika kalah Pemilihan PKR

Datuk Seri Rafizi Ramli bersedia meletakkan jawatan dalam Kabinet sekiranya gagal mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR, pada pemilihan parti bulan ini.

Beliau berkata, walaupun berundur daripada Kabinet, namun tugas sebagai Ahli Parlimen Pandan akan tetap diteruskan dan ketika itu beliau bebas untuk berbicara dalam apa saja perkara.

"Saya sudah bercakap dengan rakan-rakan saya dalam kerajaan, termasuk mereka dari GPS dan Barisan Nasional dan menjamin bahawa pertandingan dalaman ini tidak akan mengganggu pentadbiran.

"Tidak akan ada huru-hara, tidak ada kekacauan dan tiada ancaman kepada kestabilan. Jika kalah, saya akan berundur.

"Saya akan teruskan sebagai Ahli Parlimen biasa. Tanpa beban tanggungjawab menteri, saya boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada peranan di Parlimen saya," katanya pada podcast Yang Bakar Menteri, di sini, hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sudah mengesahkan pencalonannya untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu bulan depan.

Beliau akan mencabar Ahli Parlimen Pandan yang juga Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli selaku penyandang jawatan nombor dua parti itu.

Sementara itu, Rafizi berkata, beliau tiada masalah dalam soal bertanding atau tidak kerana misinya sekarang adalah untuk menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 tidak lama lagi.

"Apa pun keputusannya, peranan yang dipegang sekarang harus diutamakan dan siapa yang kerajaan akan hadapi pada PRU16 kali ini.

"Kalau saya tidak jadi menteri, saya ada banyak masa dan boleh kalahkan Datuk Seri R Ramanan. Saya boleh buat lebih lagi dan tumpu kepada kepada beberapa perkara berbanding ketika menjadi menteri," katanya.

Tiada ulasan: