"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rafizi menyeru perwakilan PKR supaya mengundi Nurul Izzah

Elill Easwaran

PETALING JAYA: Rafizi Ramli menyeru perwakilan PKR mengundi pencabarnya, Nurul Izzah Anwar, sebagai timbalan presiden.

Rafizi berkata, ini kerana Presiden PKR dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan mendapat gambaran buruk, jika anak perempuannya tewas dalam perebutan jawatan nombor dua parti.

“Jika Nurul Izzah kalah, apa mesej kepada rakyat? Anggota PKR menolak Anwar Ibrahim. Jadi, oleh sebab itu Nurul Izzah mesti menang. Apa pilihan yang kita ada?

“Kempen saya mudah sahaja: undi Nurul Izzah. Kita tidak boleh menerima keputusan lain…kerana jika Nurul Izzah kalah, itu bermakna Anwar ditolak,” katanya pada satu acara di Kedah malam ini.

Tiada ulasan: