"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Pemotong rumput mengaku salah rogol adik kandung

Hidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my
Seorang pemotong rumput berusia 41 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan perbuatan sumbang mahram terhadap adik kandung yang berusia 25 tahun di dalam bilik tidur di rumahnya dekat Machang. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Seorang pemotong rumput berusia 41 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan perbuatan sumbang mahram terhadap adik kandung yang berusia 25 tahun di dalam bilik tidur di rumahnya dekat Machang. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Kota Bharu: Seorang pemotong rumput mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan sumbang mahram dengan adik kandung perempuannya berusia 25 tahun di rumahnya di Machang, minggu lalu.

Tertuduh berusia 41 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Tengku Shahrizan Tuan Lah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan persetubuhan dengan adik kandungnya, satu perhubungan yang dilarang berkahwin mengikut undang-undang dan hukum agama.

Kesalahan itu didakwa berlaku di dalam bilik tidur sebuah rumah di Machang pada jam 10.30 pagi, Rabu lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syafiqah Mohamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan tidak mencadangkan jaminan memandangkan pertuduhan berkenaan tidak boleh dijamin.

Mahkamah turut menolak permohonan jaminan kerana dibimbangi tertuduh akan menimbulkan risiko terhadap adik kandungnya.

Mahkamah menetapkan 21 Januari depan untuk sebutan fakta kes dan jatuh hukum.

Tiada ulasan: