"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes wanita dakwa dicedera, diugut akan dirujuk Pejabat Pendakwa Raya – Polis

Zuhainy Zulkiffli

GEORGE TOWN: Kertas siasatan kes seorang wanita yang mendakwa dicederakan di tempat awam akan dirujuk ke Pejabat Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata, selain mengalami kecederaan, wanita berusia 40 tahun itu turut diugut selain kenderaannya turut dirosakkan.

Beliau berkata, maklumat diterima selepas wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Balik Pulau, di sini, Sabtu lalu.

“Kejadian berlaku di Jalan Tun Sardon dipercayai berpunca perselisihan faham membabitkan dua lelaki warga tempatan.

“Mangsa kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Balik Pulau (HPP),” katanya melalui kenyataan.

Azizee berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Barat Daya menahan dua lelaki berkenaan kerana disyaki terbabit dengan kejadian.

“Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323, Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Pendakwa Raya dalam masa terdekat sebelum terima arahan lanjut,” katanya lagi.

Tiada ulasan: