"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengawal Keselamatan Mengaku Bersalah Rogol Anak Kandung

KANGAR: Seorang pengawal keselamatan hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan merogol anak kandungnya yang berusia 12 tahun sebulan dalam satu kejadian di kawasan kebun jati, Felcra Lubok Sireh dekat sini pada 22 November lepas.

Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad menetapkan 11 Januari depan untuk menjatuhkan hukuman.

Lelaki berusia 38 tahun itu dituduh melakukan perbuatan tersebut kira-kira pukul 4.30 petang di kebun berkenaan, dan dia yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan.

Dia yang tinggal di Felcra Lubok Sireh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan.

Mahkamah juga tidak membenarkan tertuduh diikat jamin sementara menunggu keputusan hukuman.

Menurut fakta kes, pada hari berkenaan tertuduh mengajak anak perempuannya itu mencari rebung di kebun tersebut dan apabila sampai di tempat kejadian telah mengarahkan mangsa membuka seluar sebelum merogolnya.

Tertuduh juga telah mengugut mangsa agar tidak memberitahu sesiapa.
-Bernama-

4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi

Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

azlanPetrol RON95, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
azlanSemua harga baru dijangka berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .

Malaysiakini
 turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan.

Pengumuman rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri berhubung kenaikkan ini dijangkakan pada jam 8 malam.

Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.
Senarai harga baru adalah seperti berikut:

* Petrol RON 95 - RM1.85 kepada RM1.90 seliter

* Diesel - RM1.75 kepada RM1.80 seliter

* Gula pasir - RM1.90 kepada RM2.10 sekilogram

* Gas LPG - RM1.85 kepada RM1.90 sekilogram
-malaysiakini-

Tembak penjual mi: Anggota polis digantung tugas luar

Seorang anggota polis yang didakwa menembak seorang penjual mi di Kepong Baru tidak lagi melakukan tugasan luar, kata ketua polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah.

NONEZulkifli berharap polis akan dapat menyelesaikan siasatan ke atas kes berkenaan dalam tempoh dua minggu sebelum mengemukakannya ke pejabat pendakwaraya.

"Kita dalam siasatan dan dia tidak menjalankan tugas-tugas yang dia jalankan sekarang. Maknaya dia tidak diletakkan dalam tugas aktif, (sekarang anggota tersebut) menjalankan tugas pejabat.

"Bagi kes sebegini kita ada norma tertentu, kita berharap dapat selesaikan tidak lebih dari sebulan, maknanya dalam tempoh itu sesuatu keputusan telah ada," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kes melibatkan Ho Chei Hang, 32, yang mendakwa ditembak anggota polis berkenaan berhampiran rumahnya pada 16 November lalu.

NONEHo (duduk) dalam sidang medianya Rabu lalu mendakwa beliau ditembak empat kali oleh anggota polis berpakaian preman tersebut.

Dakwa Ho, anggota polis berkenaan tidak memperkenal dirinya dan juga tidak melepaskan sebarang tembakan amaran sebelum itu.

Rabu lalu, Ho dalam memorandum yang diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa supaya anggota polis yang menembaknya disiasat untuk cubaan membunuh "dan lain-lain penyalahgunaankuasa tanpa sebarang perlindungan atau layanan istimewa".
-malaysiakini-