"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mererka Usung Taik Kemudian Mereka Juga Yang Makan

WFAUZDIN NS
AGAK suspen juga aku bila menonton Buletin Utama TV 3 malam tadi bila melihat sekumpulan `mamak' mengusung kek dan `taik' memasuki perkarangan Pejabat KM P.Pinang. Tidak pernah tersangka oleh fikiran aku sampai tahap ini rendahnya darjat sekutu Umno P.Pinang itu untuk menunjukkan kehebatan mereka yang kononnya membela Melayu P.Pinang.

Bayangkan jika sudah sampai `geng mamak' Penang (tidak semua, yang bodoh je) sudah `bermain dengan taik' maka ertinya mereka sudah sampai ke peringkat `nyanyuk' kerana kebiasaannya orang tua yang sudah terlalu tua dan nyanyuk akan bermain dengan taik. Adakah ini sebagai tanda parti mereka sudah sampai tahap `nyanyuk' kalau pun tidak sudah hilang akal?
Jom...kita sendirilah makan taik ni.....

Paling aku geli hati, mereka yang usung taik, mereka juga akhirnya terpaksa makan taik tersebut. Syabas kepada Lim Guan Eng kerana tidak melayan golongan yang suka bermain taik itu. Biarkan mereka makan sendiri taik yang mereka usung sambil diperhati dan diteretawakan oleh kakitangan di Pejabat KM P.Pinang itu.

Kesihan juga melihat betapa Umno sudah sampai ke tahap `zero' modal untuk mencari kesalahan atau rasuah Kerajaan PR P.Pinang. Maka, TV 3 pula sampai hati menyiarkan aksi geng mamak tersebut mengusung taik dan memakannya beramai-ramai selepas itu. Bayangkan jika ada media dari luar negara yang hadir, tentu kecoh merata dunia akan berita masih ada lagi manusia di Malaysia yang suka makan taik. Patutlah bodoh dan bengap dulu, kini dan selamanya.........../wfauzdin.blogspot.com

Maya Karin terkejut baca laporan blog

KOTA BHARU: “Perkara ini tidak perlu diperbesarkan kerana saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu,” kata aktres, Maya Karin, mengulas laporan blog yang memetik kenyataannya ‘syukur alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar’ kononnya merujuk babak panas yang dilakonkannya dalam filem Ombak Rindu.

Menurut Maya, dia hanya meluahkan rasa gementar apabila perlu melakukan babak sedemikian.

“Saya tahu di mana tempat sesuai untuk berkata (syukur Alhamdulillah). Saya malas kalau orang lain nak kritik dan ia tidak perlu dibesarkan kerana sudah disalah tulis.

“Ada juga yang saya tidak sebut langsung dan terkejut apabila terbaca mengenai perkara ini,” katanya ketika menghadiri program Ramah Mesra bersama Yayasan Orang Kurang Upaya (Yokuk) di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, di sini, semalam.
-hmetro-

Tengku Fakhry saman IGP, polis RM150j

NONETengku Muhammad Fakhry Petra Tengku Ismail memfailkan saman RM150 juta terhadap Ketua Polis Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan tiga yang lain kerana mendakwa telah ditahan secara salah.

Tengku Fakhry menamakan Ismail, ASP Norazman Ismail, bekas Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Polis Diraja Malaysia sebagai defendan.

Beliau memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melalui firma undang-undang AS Dhaliwal and Co.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Tengku Fakhry berkata beliau
mengambil tindakan itu bukan bermotifkan wang tetapi demi keadilan.

"Saya rasa ini adalah kali pertama seorang anggota keluarga diraja telah menamakan ketua polis negerinya sendiri sebagai defendan," katanya.

Peguam AS Dhaliwal dan Harpal Singh turut hadir semasa saman difailkan.

Pada 4 Mei tahun lalu, Sultan Kelantan ketika itu, Tuanku Ismail Petra, raja perempuan serta Tengku Fakhry telah dihalang oleh Unit Tindakan Khas, kira-kira 50 meter dari pintu pagar istana semasa dalam perjalanan ke lapangan terbang Kota Baru pada jam 7.30 malam.

Mereka mahu menghantar Tuanku Ismail kembali ke Hospital Mount Elizabeth di Singapura untuk rawatan susulan tetapi telah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian.

Tengku Fakhry juga ditahan selama kira-kira empat jam manakala Tengku Anis mendakwa terpaksa tidur di atas lantai di HUSM untuk mengelak ditangkap polis.

-malaysiakini-