"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelakon Wanita Ini Didenda RM5,000 Kerana Guna Dadah

PETALING JAYA: Pelakon dan model Zarina Anjoulie didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan dadah jenis Methamphetamine, tiga tahun lepas.

Majistret Mohd Nazri Omran turut memerintahkan Zarina, atau nama penuhnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 29, dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Bapanya membayar denda itu.

Mahkamah juga memerintahkan pelakon kacukan Melayu, Iran dan Scotland itu yang terkenal dengan drama bersiri Anak Pontianak menjalani tiga tahun pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bermula Khamis.

Terdahulu, Zarina yang memakai baju blaus biru gelap dan berseluar merah jambu serta berselendang coklat mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan semula kepadanya.

Sebelum ini, dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan tetapi menukar pengakuan hari ini selepas mahkamah mendengar keterangan enam saksi pendakwaan.

Zarina didakwa menggunakan dadah jenis methamphetamine dan air kencingnya didapati positif dadah jenis tersebut.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Narkotik Damansara di sini pada 8.10 malam, 30 Dis 2012 mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM5,000.

Ketika rayuan, peguam Nasir Yusof mewakili Zarina memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan atas alasan pelakon itu kini tidak mempunyai apa-apa harta kerana pendapatannya terjejas semenjak didakwa, selain berjanji akan mengubah kehidupan ke arah lebih baik pada masa akan datang.

Timbalan Pendakwa, Raya Siti Fatimah Yahya memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kerana kesalahan dadah adalah serius dan tertuduh merupakan 'public figure' yang mendapat perhatian ramai dan sepatutnya menunjukkan teladan baik kepada masyarakat.

Pada 22 Oktober lalu, mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Zarina kerana gagal hadir pada perbicaraan kes dadah yang dihadapinya.

Namun, Majistret Mohd Nazri membatalkan waran tangkap tersebut hari ini selepas Zarina hadir ke mahkamah.

Peguamnya juga mengemukakan sijil cuti sakit Zarina yang tidak hadir padatarikh perbicaraan itu.

Majistret Mohd Nazri kemudian berkata "macam dah klise tiap kali tarikh bicara kamu sakit.
-mstar-

Tergamak anak tengking ibu di khalayak

Tergamak-anak
Video
PETALING JAYA: Perbuatan seorang lelaki menengking wanita yang dipercayai ibunya mencetuskan kemarahan orang ramai yang berada berdekatan.

Berdasarkan visual yang dimuat naik di laman Facebook Hussein Lempoyang, kejadian dikatakan berlaku di ruang menunggu sebuah hospital.

Si anak yang duduk bersebelahan dengan wanita itu, kedengaran memarahi ibunya dengan nada yang tinggi dan menimbulkan rasa kurang senang salah seorang lelaki yang berada berdekatan sehingga menimbulkan perang mulut.

“Bang apa nie bang cakap dengan mak macam itu, daripada tadi saya dengar bang, masalah macam mana saya tak campur…daripada tadi saya dengar… jangan hal dalam rumah bawak sampai sini, masalah hormat lah orang tua. Eh dia lahirkan kau tau..habis tu hormatlah…masalahnya hormatlah orang tua,” nasihatnya.

“Masalah ini kau jangan campur boleh tak.?” Kata lelaki itu selepas perbuatan menengking ibunya ditegur.
Mengulas mengenai tindakan yang disifatkan kurang ajar itu, orang ramai meminta lelaki berkenaan memohon ampun daripada ibunya.

“Bukan nak doakan tapi kalau dah gini (begini).. memang tak selamat lah ko dunia akhirat…sebelum si ibu tutup mata minta ampun lah,” kata Ilman Harith di Facebook.

“Padan dah kalau kena henyak pun, mau aku tumpang. Siyes aku cakap, aku boleh menangis lihat video ini, tetapi aku mampu kakikan brader tu,” kata Nikaza Nikmus.
-fmt-

Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri (video)

PETALING JAYA: Pasukan Bomba dan Penyelamat berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang cuba membunuh diri dengan terjun dari sebuah bangunan hotel di Kota Kinabalu, Sabah.

Dalam kejadian pada pagi Khamis, lelaki yang belum diketahui identiti itu mengejutkan orang ramai apabila cuba terjun dari bangunan hotel di Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, hasil tindakan pantas anggota bomba, lelaki itu berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa.