"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Serbuan dibuat hasil risikan pasukan khas yang 'tolol'?

‘Itu bukan pesta gay tapi program kesihatan’

Malaysiakini 

Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa program yang diserbu polis Kelantan bulan lepas atas alasan "pesta gay" sebenarnya program kesedaran kesihatan berkaitan HIV.  

Bagaimanapun, kementerian tidak memberikan sebarang ulasan mengenai serbuan polis tersebut.  

Pengesahan itu dibuat menerusi jawapan Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad di X malam tadi, sebagai respons kepada hantaran yang memintanya mempertahankan program kesedaran HIV itu.  

Dalam jawapannya, Dzulkefly memuat naik terjemahan Bahasa Inggeris kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Kesihatan Kelantan Dr Zaini Hussin semalam – yang juga dilampirkannya – berkenaan program tersebut.  

Dalam kenyataan itu, Zaini menjelaskan bahawa program tersebut dianjurkan oleh sebuah NGO tempatan, Sahabat, yang berada bawah pengawasan Yayasan Bantuan Aids.

Katanya, Sahabat telah menjadi rakan strategik Jabatan Kesihatan Kelantan sejak 2006 dalam melaksanakan program pendidikan kesihatan dan aktiviti lapangan yang mensasarkan kumpulan berisiko tinggi termasuk penagih dadah suntikan dan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki.  

Ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang HIV, jangkitan kelamin, dan Hepatitis C.  

Dzulkefly juga menegaskan bahawa kerjasama antara Kementerian Kesihatan, jabatan kesihatan negeri, dan NGO kesihatan penting dalam mendekati kumpulan berisiko tinggi untuk meningkatkan kesedaran mereka tentang strategi pencegahan, kepentingan diagnosis awal, dan manfaat rawatan awal.  

"Kementerian Kesihatan tetap komited dengan pendekatan kesihatan awam yang mengutamakan pencegahan penyakit, intervensi awal, dan akses kepada rawatan untuk semua, selaras dengan dasar kesihatan negara mengikut nilai agama dan sensitiviti budaya," tambahnya.  

Pada 17 Jun, polis menyerbu program tersebut pada jam satu pagi dan merampas ubat HIV serta kondom.  

Ketua Polis Kelantan Yusoff Mamat mendakwa operasi itu dijalankan berdasarkan maklumat awam dan risikan yang dikumpul oleh pasukan khas berikutan aduan tentang majlis bertemakan makanan yang dipercayai dianjurkan khas untuk komuniti gay.  

Bagaimanapun, beberapa NGO menolak dakwaan bahawa program itu adalah "pesta gay".  

Sebaliknya, mereka menjelaskan bahawa program tersebut memberikan maklumat kesihatan seksual dan berkaitan HIV, kondom, serta ujian sukarela untuk menggalakkan amalan seksual yang lebih selamat.  

Majlis Aids Malaysia – yang turut terlibat – menambah bahawa sesi tersebut berlanjutan hingga lewat malam kerana ujian HIV dilakukan secara sulit dan profesional, mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit bagi setiap klien. Mereka yang mempunyai keputusan reaktif diberikan kaunseling dan dirujuk untuk tindakan susulan.  

Ismanira dakwa dipaksa buat pengakuan bunuh anaknya

Buletin TV3 

Douglas Elliot David

PETALING JAYA: Ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf, mendakwa bahawa dia dipaksa membuat pengakuan membunuh anaknya ketika berada dalam tahanan reman.

Ismanira, 30, memberikan keterangan itu semasa prosiding pembelaan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Menurutnya, dia telah memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang 13 hari siasatan dijalankan, namun mendakwa pihak polis tidak berpuas hati dengan keterangannya.

“Mereka menuduh saya mengarang cerita dan perkara yang saya tidak lakukan.

“Mereka reka cerita bahawa saya sebenarnya telah menjumpai anak saya, lalu saya yang membunuh anak saya sendiri.

“Apabila saya menafikan, mereka tetap tidak puas hati,” katanya.

Tambahnya, siasatan dijalankan di sebuah banglo yang digelar ‘safe house’ yang terletak di sini.

Berhubung dakwaan pengabaian, Ismanira yang kelihatan sugul memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia tidak pernah mengabaikan anak lelakinya yang berusia enam tahun itu.

“Saya yang mengandungkan, melahirkan dan membesarkan Zayn sepanjang usianya. Saya hanya berpisah dengan Zayn pada waktu saya bekerja dan ketika dia berada di sekolah sahaja.

“Saya tidak berada di Blok R sepanjang masa dan saya tidak pernah ke kawasan sungai seperti dalam pertuduhan.

“Saya benar-benar hilang anak pada hari tersebut dan bukan saya sengaja mengabaikan,” katanya sebak.

Prosiding ditangguhkan pada tengah hari dan bersambung semula pada sebelah petang.

Selain Ismanira, empat lagi individu termasuk suaminya yang juga bapa kepada Zayn, Zaim Ikhwan Zahari, akan tampil sebagai saksi pembelaan.

Anwar Ibrahim: 'Dr Mahathir bersalah tapi kita tak teruskan tindakan kerana usianya sudah 100 tahun'

Zanariah Abd Mutalib
zanariah_mutalib@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kabinet memutuskan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu Pulau Batu Puteh atas faktor usianya yang sudah lanjut, kata Datuk Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menegaskan, kerajaan bagaimanapun berpendirian Dr Mahathir tetap bersalah kerana keputusan beliau sebagai Perdana Menteri pada 2018 yang melepaskan Pulau Batu Puteh dengan begitu mudah kepada Singapura.

"Kita ambil keputusan kerana ia membabitkan bekas Perdana Menteri, yang usianya 100 tahun.

"Apakah beliau tidak salah? Beliau salah. Apakah perlu ambil tindakan? Saya di Jemaah Menteri, saya bersetuju jangan ambil tindakan.

"Jika ambil tindakan, Kota Bharu (merujuk Datuk Seri Takiyuddin Hassan) yang akan jerit kata kita tidak adil tapi saya tanpa membabitkan soal ini kerana usianya sudah 100 tahun.

"Salah besar dalam hal ini tetapi kita tak payahlah teruskan (ambil tindakan)," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) mengenai bagaimana keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2002 mengenai kedaulatan Pulau Ligitan dan Sipadan dapat mempengaruhi penentuan sempadan maritim antara Malaysia dan Indonesia di kawasan Laut Sulawesi termasuk kedaulatan blok ND6 (Blok Y) dan ND7 (Blok Z).

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang dinyahklasifikasi dan dikeluarkan pada Disember tahun lalu, mendedahkan kerajaan di bawah pentadbiran Dr Mahathir secara sepihak membuat keputusan menarik balik permohonan bagi menyemak semula dan mentafsir keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2008 yang menganugerahkan Batu Puteh kepada Singapura.

Menurut suruhanjaya itu, siasatan jenayah boleh dimulakan ke atas Dr Mahathir mengikut Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 417 dan Seksyen 418 kanun yang sama.

Anwar menegaskan, beliau tidak mahu apa yang berlaku dalam kes Pulau Batu Puteh itu berulang dalam tuntutan sempadan maritim di Laut Sulawesi antara Malaysia dan Indonesia.

"Pulau Batu Putih itu, penyerahannya terlalu mudah, yang sekarang ini diam oleh rakan-rakan saya sebelah sana (pembangkang)

"Ini soal maruah. Kalau Beluran rasa terkesan kerana isu Laut Sulawesi, begitu jugalah Malaysia seluruhnya dan orang-orang Johor dalam soal penyerahan Pulau Batu Puteh.

"Kenapa 'double standard' dalam hal ini?" katanya.