"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sumpah Mubahalah, Kenapa Ada Dua Versi Yang Berbeza Dalam Kes Pemimpin UMNO Pahang Dan Insiden Kes Liwat Anwar Ibrahim !!


KUANTAN - Maka hebohlah rakyat Pahang memperkatakan perihal "sumpah mubahalah" yang sepatutnya dilakukan oleh dua orang pemimpin UMNO negeri ini diMasjid Negara. Namun, akibat teguran dan nasihat daripada Mufti Pahang maka akhirnya Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakobtidak hadir dalam upacara tersebut pagi tadi. Apapun, Ketua UMNO Bahagian Paya BesarDatuk Ahmad Tajuddin Sulaimanditemani oleh Bendahari UMNO Maran Sulaiman Taib dikatakan telah hadir pada masa dan lokasi berkenaan. Namun, beliau hampa dan menangguhkan hasrat untuk melakukan sumpah berkenaan setelah melihat kelibat Adnan tidak kelihatan. Sementara itu laporan muka depan akhbar Sinar Harian Edisi Pahang hari ini (foto) memetik "Tindakan Adnan Matang: Mufti". Artikel berkenaan derdasarkan tindakan Adnan Yaakob untuk tidak hadir dan melakukan sumpah mubahalah berkenaan yang dikatakan tidak kena dengan ajaran Islam itu sendiri. Malah Mufti terbabit secara jelas mengatakan bahawa perbalahan itu harus diselesaikan secara rundingan dan perlu dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan oleh hakim jika kedua-dua pihak tidak bersetuju. Langkah melakukan sumpah mubahalah adalah jalan terakhir dalam Islam, namun ianya tidaklah digalakkan kerana akan memalukan kedua-dua belah pihak itu sendiri sebenarnya

Persoalannya di sini ialah, jika benarlah apa yang dikatakan oleh Mufti Pahang itu dan ianya diikuti oleh pemimpin UMNO terbabit maka mengapakah ketika 
"mangsa liwat" Saiful Bukhari Azlan melakukan"sumpah mubahalah" mereka memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahimmelakukan tindakan yang sama. Malah puak-puak UMNO mengutuk sekeras-kerasnya "sikap bacul Anwar" kerana tidak mahu melakukan sumpah tersebut ketika itu. Tidak ada seorang pun Mufti yang berani menegur atau mengeluarkan kenyataan akan perkara ini. Sedangkan ketika itu, isu ini mendapat perhartian daripada masyarakat Islam di Malaysia bahkan di seluruh dunia amnya. Ketika Anwar menyatakan beliau tidak mahu lakukan sumpah mubahalah kerana mendengar pandangan dari para ulamak tersohor, maka mantan Timbalan Perdana Menteri itu dikutuk sepuas-puasnya. Kini, bila perkara yang sama turut terpalit kepada pemimpin UMNO kenapa masing-masing tidak berbunyi dan mengeluarkan kenyataan. Apakah ada hukum yang berbeza dari segi agama terhadap dua versi sumpah mubahalah itu sebenarnya. Apapun kami ucapkan tahniah kepada Menteri Besar Pahang itu kerana tidak melayan kerenah Ahmad Tajuddin yang ternyata nampak benar ingin memainkan isu untuk mengalih sokongan perwakilan UMNO bagi mengundi Adnan dalam pemilihan Ahli Majlis Tertinggi parti itu Khamis ini. Ahmad Tajuddin sebenarnya melakukan demikian atas perasaan "dendam kesumat" dan"hasratnya" untuk menjatuhkan Menteri Besar Pahang, AdnanYaakob itu secara terhormat sebenarnya.

[Nampaknya, begitu cepat kita dapat menyaksikan di depan mata kita tentang senario yang berlaku dalam kes sumpah mubahalah ini sebenarnya. Kini, terbuktilah bahawa memang terdapat dua versi yang berbeza dalam menentukan hukum-hukum agama di negara kita hari ini. Jika ia melibatkan pemimpin pembangkang maka segalanya tidak boleh belaka. Namun sekiranya ia melibatkan pemimpin kerajaan, maka segalanya dibenarkan oleh mereka. Semakin kelirulah nampaknya umat Islam di negara ini melihat apa yang terjadi sekarang ini. Ternyata laungan"Malaysia Boleh" amat sinonim dengan segala tindakan yang tidak sepatutnya berlaku selama ini. Rakyat berhak menilai dan membuat keputusan atas segalanya yang berlaku ini sebenarnya]. 

Tiada ulasan: