"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Shahrir Rabu hadapan letak jawatan, Zambry bila ?

Setelah tewas dalam pemilihan MT UMNO untuk kali ini semalam, Datuk Shahrir Abdul Samad akan mengemukakan surat peletakan jawatannya sebagai menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, Rabu ini.

Dikatakan beliau akan mengemukakan surat tersebut dalam mesyuarat mingguan kabinet pada hari berkenaan.

Sepatutnya bukan Shahrir sahaja yang kena letak jawatan kalau dengan alasan yang diberinya , apa guna dia berada dalam kabinet kalau seorang menteri pun tidak diterima oleh perwakilan.


Mungkin Shahrir tidak perasan bahawa pemilihan UMNO di semua peringkat adalah proses "tender" jawatan dan diselubungi oleh jenayah Rasuah seperti yang diperkatakan oleh pemimpin dan orang UMNO sendiri.

Bila membicarakan letak jawatan, sepatutnya yang rasa paling malu adalah Zambry dan orang UMNO di Perak kerana Menteri Besar kudeta yang berada di kerusinya sekarang adalah orang yang paling terpukul dengan tindakan Shahrir.

Tidak tahulah dia tidak terasa bersalah walaupun dia dipersalahkan oleh banyak penyokong UMNO sendiri sehingga gerak kempen yang dilakukan di Bukit Gantang nampaknya semuanya tidak menjadi.

Kawan saya terdengar ucapan dari seorang bekas Calon UMNO yang kalah dalam PR Umum ke 12 lepas, katanya "kalau macam ni teruklah kita ".

Saya jamin yang berada di pondok UMNO di waktu siang atau malam adalah mereka yang "kelaparan" dan sudah tahu apa yang hendak dimintanya dalam musim "duit bersepah ini".

Tiada ulasan: