"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS berkempen pulau media arus perdana

Menteri Besar Kelantan itu berkata kempen itu akan dijalankan oleh parti untuk dimaklumkan kepada rakyat serta anggota parti supaya memulaukan akhbar arus perdana.Beliau tidak menetapkan tempoh kempen pemulauan akan dijalankan.

"Kalau kerajaan tidak beritahu tindakan tibatiba menggantung penerbitan akhbar itu, kitapun tidak ada tempoh tertentu mengambil tindakan kempen memulaukan rakyat membaca atau membeli akhbar atau media arus perdana itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di sini hari ini.

Pada 23 Mac lepas, Kementerian Dalam Negeri menggantung permit penerbitan Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan berkuat kuasa serta-merta.

Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata tindakan itu diambil kerana dua akhbar pembangkang itu didapati menyiarkan artikel berbaur fitnah, mengelirukan serta boleh mengancam ketenteraman dan memecahbelahkan masyarakat.

 -BERNAMA-

Tiada ulasan: