Sekarang baru kita tahu mengapa Menteri Pelajaran, Hishammudin Hussein bermati-matian mempertahankan dasar Program Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Apa yang terpampang pada skrin komputer hanyalah ayat: "You HAS been banned by the administrator". Kalau inilah mutu bahasa Inggeris yang ditonjolkan oleh Pemuda Umno maka tidak hairanlah kualiti kepimpinan yang ditunjukkan oleh Ketuanya sendiri - "mediocre" dan "half-past six". Harap-harap kalau beliau tidak faham dua istilah ini bolehlah rujuk kamus Oxford dan perkayakan perbendaharaan katanya. Kalau dibaca oleh murid darjah tiga sudah tentu dia akan ketawa besar dan kalau dia teringin belajar tata bahasa Inggeris melalui apa yang dilihatnya sudah tentu gagal besar. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Kenapa Hisham Mahu Teruskan PPSMI?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan