Sekarang ini musim manusia berlumba-lumba membina mahligai yang mengalahkan Donald Trump, hartawan Amerika Syarikat.
Begitulah kisahnya sebuah rumah yang boleh dikategorikan sebagai mahligai atau lebih sesuai istana yang terletak sergam indah di Jalan Suasa, Seksyen 7, Shah Alam, ibu negeri Selangor.
Kalau tidak silap di lokasi yang samalah terbinanya sebuah rumah berharga RM10 juta milik seorang ketua pegawai eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.
Beza harga rumah yang itu dan ini juga bagai langit dengan bumi. Yang CEO harga cuma RM10 juta tapi yang mantan MB pula atas sikit, lebih kurang RM27 juta sahaja. Jumlah angka kosong sama tapi angka depan sahaja yang lain sikit.
Kalau sesiapa layari blog "Anti-Khir Toyo" bolehlah lihat betap besar dan mewahnya kediaman kepunyaan khabarnya seorang ahli politik Umno yang dulunya bos besar di Selangor. Sejak kerajaan Umno-BN tumbang jadilah ia wakil rakyat biasa.
Suaranya pun jarang-jarang didengar sejak kalah,hanya sekali-sekala bertempek mengenai ketelusan, keadilan, membenteras rasuah dan sebagainya sejak menjadi pembangkang, mungkin nostalgia zaman kegemilangan, kecermelangan dan terbilang menghantui perasaannya.
Tidaklah pula diketahui pencen ahli politik sebegitu besar sampai mampu membiayai pembinaan rumah yang sebegitu mahal dan canggih, sebab dengar-dengar rumahnya "fully eletronic".
Tapi setakat maklumat yang dipaparkan dalam laman web kerajaan negeri Pakatan Rakyat selangor, gaji paling tinggi ahli politik Selangor pun ialah gaji MB Tan Sri Khalid Ibrahim sekitar RM47,000 sebulan campur elaun. Itu pun kalau ditolak cukai pendapatan, kos saraan diri dan keluarga dan perbelanjaan sebagai wakil rakyat berapa sangat yang tinggal kecualilah ada sumber pendapatan lain yang rakyat tidak tahu!
Jika dilihat gambar-gambar yang diposkan dalam blog tersebut gambaran yang didapati sudah tentu ianya sebuah rumah di Hollywood, kepunyaan bnintan filem tersohor tetapi rupa-rupanya milik seorang rakyat Selangor yang kaya-raya.
Tempat letak kereta pun dikatakan boleh muat 30 ke 50 buah kenderaan dan rumah pula dikelilingi tembok yang besar seperti Tembok Besar China, kata penulis blog tersebut.
Air terjun pun, macam-macam ada. Malah penulis blog mengatakan rumah ini lebih hebat daripada Mahligai arwah Datuk Zakaria Mat Derus.
Mungkin kena panngil Donald Trump ke Malaysia dan jerit "you are fired" kepada ahli politik yang terlalu kaya ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan