"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Muktamar Pemuda PAS: Kritikan tingkatkan akauntabiliti pimpinan

Roy Rasul

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Hrkh) - Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Sabki Yusof menyifat semua kritikan, pandangan dan cadangan yang dibangkitkan perwakilan dalam sesi membahas Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan berakhir Disember 2008 dalam Muktamar Penuh Dewan Pemuda PAS Pusat ke-50 hari ini sebagai positif khasnya meningkat akauntabiliti kepimpinan pemuda PAS.

Katanya, perbahasan yang ditunjukkan para perwakilan juga semakin baik.

Dalam pada itu, semasa menjawab isu yang dibawa wakil dari Kedah, Pulau Pinang dan Sabah yang menyentuh isu pemerkasaan agenda parti beliau berkata ia bukan hangat-hangat tahi ayam.

Sebaliknya beliau berkata ia dilaksanakan dengan serius yang bermula dari tahun 2004 lagi.

"Saya yakin prestasi pemuda kawasan jauh lebih ke depan dan saya ucapkan tahniah di atas keupayaan yang ditunjukkan itu," ucapnya.

Malah ujarnya, barisan pemuda PAS sentiasa mengambil berat soal prestasi yang dilaksanakan Lajnah dan organisasi untuk melihat keperluannya.

"Kita ingin jelaskan peranan lajnah yang diwujudkan dan saya dalam usaha untuk membuat modul latihannya," katanya.

Katanya, usaha tersebut dibuat untuk memberi latihan kepada mereka yang menjadi pemimpin di peringkat kawasan.

Ujarnya, modul latihan tersebut bagi menjelaskan peranan seorang pemimpin berperanan dengan baik.

Sehubungan itu, katanya bagi memudahkan modul tersebut dilaksanakan dengan cepat pihaknya membuatnya dalam bentuk CD untuk diagih kepada semua kawasan yang berjumlah lebih 160.

CD tersebut katanya, berjudul 'Latihan Induksi Pemuda PAS Kawasan'.


Tiada ulasan: