"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Setiausaha Agung PAS ingatkan ahli parti agar tidak terpedaya dengan taktik Utusan Malaysia kelompokkan pemilihan!



KUALA LUMPUR: Ahli PAS diseru agar tidak terpengaruh dengan propaganda yang kini sedang dimainkan akhbar Utusan Malaysia yang kononnya mewakili sesuatu pihak dalam PAS, lapor Wan Nordin Wan Yaakob.

Ingatan tersebut diberikan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar semasa mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan menegur
Utusan Malaysia baru-baru ini.

"Jika Timbalan Presiden Umno pun dah tegur Utusan, maknanya ada sesuatu yang tidak kena kepada akhbar itu dalam laporannya, justeru saya mengingatkan ahli PAS juga jangan mudah terpedaya dengan apa yang dilaporkan akhbar itu," ujarnya ketika dihubungi.

Akhbar tersebut mesti mempunyai agenda dalam membuat sesuatu laporan yang kononnya memihak kepada sesuatu kumpulan atau individu dalam PAS, katanya.

Hal ini mesti disedari memandangkan akhbar itu sebelum ini cukup kuat menghentam PAS dan Pakatan Rakyat sewaktu kempen pilihan raya yang lalu, katanya.

Beliau melihat, 'trend' laporan yang dimuatkan
Utusan hanya berlegar kepada satu kelompok dalam PAS sahaja, dan pastinya ia adalah petanda ia propaganda untuk memecahbelahkan parti.

Kamarudin yang juga ahli Parlimen Tumpat bagaimanapun tidak bimbang dengan kebijaksanaan ahli dan perwakilan dalam menilai laporan yang benar atau sebaliknya. Ini kerana katanya, sejak dahulu lagi PAS sudah diletakkan 'negatif' oleh akhbar terbabit dalam laporan-laporan mereka.

Justeru ahli PAS pastinya melihat rekod tersebut sebagai asas dalam menilai maklumat yang dimuatkan dalam
Utusan Malaysia, katanya.

Tiada ulasan: