"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tulahan berkempen untuk Mat Sabu ?

Apabila melayari dari blog ke blog, isu utama yang dikupas berkaitan pemilihan Timbalan Presiden PAS di antara tiga tokoh disegani, dihormati dan disayangi oleh ahli PAS iaitu Ust. Nasha, Dato' Husam dan Abang Mat.

Setiap penulis blog mempunyai pendirian secara jelas atau terselindung menyokong salah seorang dari tokoh-tokoh ini. Dato' Husam antara tokoh yang paling ramai disokong oleh blogger, diikuti oleh Ust. Nasha.

Penulis tak mahu nak bagi tahu blogger yang dimaksudkan, kunjungilah sendiri blog mereka. Ada juga blogger umno yang turut sama berkempen untuk burukkan salah seorang tokoh ini, entah pasai apa tak tahu.

Cuma penulis nak ulas berkaitan blogger yang menyokong Abang Mat kerana blog penulis ini mendapat tempiasnya. Ada yang kata, blog penulis ini berkempen untuk Abang Mat kerana banyak tulisan penulis dikatakan menghentam ulama dan profesional.

Tulisan penulis juga dikatakan sama pendiriannya dengan Abang Mat yang paling kuat menentang rasuah dikalangan pemimpin.

Penulis tak sangka, sampai tahap tu sangkaan mereka. Mungkin tak ramai blogger yang menyokong Abang Mat, maka dicari-cari jumpa blog penulis yang tak pun popular ini. Setahu penulis ada seorang blogger yang aktif menyokong Abang Mat. Blogger ini juga dari Parit Buntar.

Penulis cuma nak nafikan bahawa penulis berkempen untuk sapa2. Penulis hanya berkempen untuk jatuhkan pemimpin yang tak layak jadi pemimpin. Bacalah betul2 semua tulisan penulis.

Penulis juga berharap blogger yang menyokong mana2 tokoh ini supaya mengelakkan tulisan yang berunsur fitnah.

Satu lagi, tak semestinya tokoh yang paling ramai disokong blogger akan menang dan tak semestinya tokoh yang diburukkan akan kalah. Mungkin juga tokoh yang 'underdog' dan yang kurang mendapat liputan media akan menang.

Penulis yakin dengan kematangan perwakilan Kawasan memilih pemimpin terbaik untuk memimpin jamaah.

http://tulahan.blogspot.com/

Tiada ulasan: