"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nasha: Berunding bukan bermakna kerjasama dengan Umno

Muda Mohd Noor
PAS tidak pernah menutup pintu rundingan dengan mana-mana pihak sama ada parti politik atau badan bukan kerajaan (NGO), kata Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa.

"Apa yang disebut oleh presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), kita tidak pernah menutup pintu rundingan dengan parti politik dan NGO.

petrol hike talk 170406 nasharuddin isaKatanya, apabila rundingan tersebut membabitkan, ia tidak bermakna PAS akan mengadakan kerjasama dengan Umno.

Sebaliknya, kata beliau, rundingan itu adalah untuk kepentingan negara.

"Tidak timbul langsung soal kerjasama dengan Umno tetapi rundingan itu adalah untuk kepentingan negara," katanya dalam sidang media di muktamar PAS di Stadium Malawati, Shah Alam hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan seorang lagi calon timbalan presiden, Datuk Husam Musa supaya PAS menghentikan sebarang perbincangan dengan Umno.

Bagaimanapun, kata Nasharuddin, dalam PAS bukan seorang sahaja yang membuat keputusan terutama yang membabitkan dasar parti.

Muktamar kuasa tertinggi


"Muktamar PAS adalah kuasa tertinggi untuk membuat keputusan berkenaan," katanya.

Ketika ditanya mengenai trend kepimpinan tinggi dalam PAS, Nasharuddin berkata, parti itu terus dipimpin secara bergabung oleh ulama dan profesional.

Katanya, perwakilan sudah tahu hendak memilih pemimpin mana yang boleh menerajui PAS.

"Saya lihat mereka tidak terikat dengan kempen oleh media dalam tempoh sebulan lalu," katanya.

Nasharuddin berkata, pemilihan parti kali ini tidak akan memecahbelahkan parti kerana ini bukan pertama kali berlaku pertandingan pucuk pimpinan utama dalam PAS.

Beliau juga menegaskan PAS akan tetap menjuarai mengenai isu-isu agama Islam dan bangsa Melayu kerana ini merupakan perjuangan utama parti itu.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: