Muhammad Yusri Amin Mon | Jul 13, 09 | 6:39:48 pm MYT | |
KUALA KRAI, 13 Julai (Hrkh) - Sahlah kini calon Barisan Nasional (BN) di Manek Urai bukan orang pilihan Dato' Seri Najib Razak apabila beliau langsung tidak datang berkempen membantu calon berkenaan. Tuan Aziz Tuan Mat hanya calon pilihan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bukan juga pilihan Ketua Bahagian Kuala Krai, Dato' Ramzi Abdul Rahman. Ramzi lebih berminat kepada Naib Ketua Bahagian itu, Che Jalal Muda yang juga orang tempatan di Manek Urai. Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata, calon Umno yang bertanding di Manek Urai agak malang apabila seperti tidak dihiraukan Perdana Menteri. "Ketidakhadiran Najib memperlihatkan Umno ada masalah bagi membawa cabaran pada pilihan raya kecil ini. "Sedangkan keadaan sebaliknya berlaku kepada pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat apabila mereka turun berkempen dan bermalam di kawasan pilhan raya," katanya pada persidangan media selepas ceramah di Kampung Peria malam tadi. Ribuan hadir pada ceramah tersebut sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih 10 km. Bas ekpress dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur juga terkandas di laluan tersebut. Beliau yang juga Ketua Pembangkang di parlimen berkata, pemimpin Pakatan akan terus mendesak kerajaan pusat membayar royalti minyak kepada Kelantan selepas pilihan raya kecil ini. "Kita juga akan terus sebut isu tersebut. Lebih-lebih lagi dengan mandat yang diberi pengundi di Manek Urai kepada Abe Uji akan memberi semangat baru bagi menggerakkan momentum tesebut. "Saya memberi jaminan kita akan membawa usul ini demi menuntut hak rakyat Kelantan. Inilah isu yang jauh lebih besar berbanding janji Timbalan Perdana Menteri mahu membina jambatan di Manek Urai," katanya. Beliau juga berkata, kejayaan PAS mempertahankan Dun Manek Urai akan melonjat lagi pengaruh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai seorang pemimpin yang disegani. Ditanya arahan pihak atasan supaya menutup Bilik Gerakan KeADIlan di Manek Urai kata beliau tindakan tersebut menyalahi Kod Etika Pilihan Raya. "Bilakah pihak keselamatan mengikut Kod Etika Pilihan Raya, sebab itu saya beritahu kita jalan saja kerja. Kalau nak tunggu arahan polis ini, tidak konsisten. "Di Penanti, bendera PAS tak boleh, bendera Umno-MCA boleh.Di Manek Urai bendera BN boleh, bendera Umno boleh, bendera MIC boleh, bendera PPP, yang tak berparti pun boleh, tapi kita tidak boleh. "Dia bagi alasan macam-macam..Kalau nak minta kita komen tentang ketelusan dan kebersihan proses pilihan raya, pendirian kita jelas," katanya. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Calon BN bukan pilihan Presiden Umno
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan