"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Manek Urai: Peraih, peniaga ikan dakwa diperlekeh Umno

Kira-kira 1,000 peraih dan peniaga ikan akan mengadakan perhimpunan Jumaat ini untuk membantah tindakan Umno yang didakwa telah memperlekehkan profesyen mereka.

fauzi abdullah manek urai by election 260609Mereka mendakwa, Umno dalam ceramahnya dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai, telah perlekehkan profesyen peraih dan peniaga ikan.

Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, juga seorang peraih ikan.

Kenyataan yang dianggap memperlekehkan mereka itu, didakwa dibuat oleh ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan dalam ceramahnya malam tadi.

Perkara itu dinyatakan oleh penasihat jentera pilihanraya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dalam satu sidang akhbar pagi tadi.

Ketika ditemui kemudiannya, beliau berkata, bantahan tersebut akan diketuai oleh Presiden Persatuan Peraih dan Peniaga Ikan Kelantan, Ahmad Tarmizi Salleh.

Mereka akan berkumpul mulai jam 5 petang di pasar Laloh.

Misteri kehilangan Nasha

Mengenai ketidak hadiran Nasharuddin Mat Isa di Manek Urai, Wan Abdul Rahim berkata, timbalan presiden PAS itu mempunyai urusan lain dan tidak dapat hadir.

Ditanya sama ada ianya urusan parti atau urusan peribadi, Wan Abdul Rahim berkata, beliau tidak tahu.

Beliau berkata, pihaknya berpegang kepada kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditanya wartawan mengenai perkara yang sama pada hari penamaan calon.

nasharuddin mat isa manek urai by electionWan Abdul Rahim bagaimanapun menafikan bahawa Nasharuddin dilarang berkempen di Manek Urai.

Ditanya sama ada Nasharuddin tidak akan berkempen langsung di Manek Urai, Wan Abdul Rahim berkata, beliau tidak pasti dan tidak tahu.

Mengenai kempen setakat ini, Wan Abdul Rahim berkata, pihaknya yakin 60 peratus pengundi menyokong calon PAS.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: