Mohd Basir Abdullah | |
Assalamualaikum kepada ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia. (SPRM) Saya merayu kepada tuan supaya diadakan satu siasatan terhadap Menteri Kewangan negara ini daripada era Dr. Mahathir, Abdullah Ahmad Badawi dan pada masa sekarang, Dato' Seri Najib. Siasat mereka bertiga ini atas tuduhan meluluskan lesen judi empat nombor ekor. Kelulusan lesennya diperolehi dengan terlalu mudah. 1. Magnum = Sebulan 14 cabutan Jumlahnya, sebulan 42 cabutan daripada tulisan saya yang bertajuk "Kepada Ahli Parlimen". Cabutan nombor ekor kini sudah meningkat jumlahnya. Sekali lagi, saya mohon kepada tuan dan seluruh rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, marilah kita bersama-sama mehapuskan gejala JUDI EMPAT NOMBOR EKOR ini. Tidakkah anda semua malu dan takut kepada kemurkaan ALLAH? Ini negara Islam, bangsa Melayu berkedudukan TUAN, tambah pula berhak ISTIMEWA, setahu saya mengapa pula membisu, memekak dan membuta terhadap perkara ini? Bagaimana boleh perkara sebegini boleh dibiarkan berlaku di dalam NEGARA ISLAM yang tercinta ini? SPRM perlu bertanggungjawab dan siasat, kelulusan lesen sebanyak ini, pasti ada unsur rasuah dan salah guna kuasa. Ketiga-tiga nama yang tersebut di atas adalah Menteri Kewangan pada zaman mereka. Jadi, siasatlah mereka ini. Jika tuan tidak siasat mereka bertiga ini dan dakwa mereka, bermaksud tuan bersubahat dengan mereka. Mana hilangnya bekas MUFTI PERLIS, MUFTI PERAK? Berdiam bermaksud bersubahat. Adakah ini bentuk rupa kemajuan kerajaan BN? Sekian... Terima kasih, Daripada wakil NEGARA, Yang benar, MOHD BASIR ABDULLAH |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Surat kepada Ketua SPRM
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan