"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UMNO-BN Sudah Hilang Akal

ruhan
Jika anda membaca terjemahan terhadap satu artikel dalam Washington Post yang membicarakan hal yang dibuat oleh Anwar Ibrahim di Amerika Syarikat, anda akan segera mengetahui bahawa sikap kerasnya terhadap Yahudi sangat jelas dan dia tidak memohon maaf kepada sesiapa pun atas sikap kerasnya itu.

Kini, pemimpin-pemimpin UMNO, terutamanya Najib, sedang memutarbelitkan perkara itu di hadapan ahli-ahli UMNO dengan mengatakan Anwar minta maaf kerana takut setelah menghentam Yahudi. Mengapa pemimpin-pemimpin UMNO berbuat demikian?

Pertama, mereka mahu mengalihkan isu APCO daripada dibincangkan oleh ahli-ahli akar umbi UMNO. Jika perkara ini menular, ahli-ahli akar umbi UMNO sendiri tidak akan setuju perkhidmatan APCO dibayar dengan wang rakyat. Mereka tahu rakyat tidak menghalalkan wang mereka digunakan untuk memulihkan imej UMNO bagi mengekalkan kuasa mereka. Rakyat mahu wang mereka digunakan untuk mensejahteraan hidup mereka dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini.

Kedua, sokongan rakyat, terutama Melayu, terhadap UMNO semakin menguncup. Kalau orang UMNO sendiri tidak dapat dikawal, UMNO akan kalah dalam PRU Ke-13 dan hancur lebur. Jika tidak, masakan Dr. Mashitah pun bercakap tentang UMNO kalah Melayu hancur!!! Najib sendiri mengakui UMNO boleh kalah. Mahyuddin bercakap tentang UMNO berjalan tak betul. UMNO jadi begitu kerana mengkesampingkan ajaran Islam.

Ketiga, UMNO sudah menyedari kekuatan Pakatan Rakyat. Mereka sudah mencuba pelbagai cara untuk merenggangkan hubungan antara PAS-DAP-PKR. Setiap kali itu juga mereka gagal. Tiba-tiba sahaja mereka tersilap teknik. UMNO kata Lim Guan Eng/DAP anti-Melayu. Gerakan kata Lim Guan Eng/DAP pro-Islam. Kes ini dengan sendirinya menunjukkan BN hilang akal.

http://bilahrotan.blogspot.com

Tiada ulasan: