"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 8 Julai:
Satu pembaharuan yang baik kepada akhbar Harakah apabila edisi ePaper telah berwajah baru dan lebih cepat.

Apa yang menarik Harakah edisi Jumaat telah boleh dibaca seawal hari Khamis.

Menurut Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Harakah, Mohd Suhaimi Embong, bagi para pembaca di Sabah terutamanya yang menghadapi masalah edaran Harakah yang tidak menentu bolehlah melayari terus ke epaper.harakah.net.my.

Katanya, melalui teknologi e-paper itu, idea mewujudkannya timbul selepas terdapat permintaan tinggi daripada pembaca di luar negara.

Menurutnya, antara kelebihannya ialah dapat membaca sebagaimana membaca Harakah bercetak, dapat menyelak helaian mukasuratnya seperti Harakah bercetak dengan menggunakan tetikus, tiada masalah kerana helaian mukasurat boleh zoom sehingga paparan menjadi besar dan amat jelas.

Tambahnya, ePaper berbeza dengan Harakahdaily kerana Harakahdaily hanya memaparkan kandungan berita sahaja sedangkan ianya memaparkan kesemua bahan yang ada seperti yang terdapat dalam Harakah cetak termasuklah iklan-iklan, artikel dan sebagainya.

Tiada ulasan: