"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Senarai 50 Perkara Paling Tak Puas Hati dengan Pakatan

dewa
SELAMA ni, dah berdozen-dozen senarai benda-benda yang Dewa tak puas hati dengan UMNO/BN telah ditulis. Setelah penulis mencongak semula jumlah keseluruhan penulisan penulis sendiri yang mengkritik BN, jumlahnya telah hampir 200 mukasurat. Kalau compile dan binding dah boleh buat buku lalu terus masuk ke ISA, kui kui. Di sini, penulis luahkan pula 10 perkara yang dah lama berbuku di hati penulis berhubung 'kritikan manja' terhadap Pakatan pula.

1. TIADA AKHBAR

Di kala UMNO dan BN menggunakan keseluruhan jentera dan media mereka melanyak Pakatan, Pakatan tiada pun sebuah akhbar rasmi yang memasukkan suara ketiga-tiga parti Pakatan; PAS, PKR dan DAP. Jangan kata akhbar cetak, akhbar atau web online pun tiada. TKO ni rata-ratanya ahli PAS sahaja. Kan baik kalau ada saluran web yang menggabungkan ahli Pakatan tak kira kaum atau agama. Bolehlah Ustaz Wan dan En.Wong dan Maniam yang sama-sama anti-BN berkongsi kisah dan cadangan. Ini juga boleh menjadi ruang dakwah yang effektif.

2. BERDAKWAH CARA MALAS

Maafkan bahasa yang digunakan penulis. Kebanyakan ustaz nampaknya berdakwah cara malas dengan sekadar berdakwah di masjid ber air-cond kepada golongan tua. Patutnya, sasarkan sekali golongan muda dan golongan bukan Islam.

Sebagai seorang yang terlibat dalam kegiatan mengislamkan mualaf-mualaf, penulis mendapati sedikit benar tenaga kerja yang ada. Golongan professional dan ahli akademik yang terlibat pun cukup kurang. Sesiapa yang lapang tu, luangkan lah masa dengan NGO Islam bahagian dakwah dan mualaf termasuklah Outreach.

3. Tiada Buku dan Perancangan Lemah

Sepatutnya PAS terbitkan buku ringkas menghuraikan soalan-soalan lazim yang sering UMNO timbulkan berhubung 'kezaliman' undang-undang Islam dan PAS. Kita jelaskan kebenaran. Contohnya BN suka jaja cerita kononnya Islam zalim kerana hudud kena potong tangan. Kita jelaskan bahawa syarat hudud sangat ketat dan sekiranya ada sebarang unsur shubhat atau keraguan, hudud perlu ditinggalkan (sepertimana menurut hadis). Buku tu eloklah buat dalam bentuk Q-A (Questions-Answers) dalam pelbagai bahasa. Serahkan kepada golongan bukan Islam dan golongan pelajar. Hantar ke mufti dan majlis agama dulu kalau-kalau mereka nak check dan tokok tambah.

Perancangan lemah khususnya dalam isu pelaksanaan shariah cukup menyedihkan. Contohnya dalam Rang undang-undang hudud yang dicadangkan sebelum ini. Antara klausa yang dimasukkan ialah wujudnya persepsi bahawa seorang wanita yang mengandung diluar nikah akan dianggap berzina. Ini bukan pendapat majoriti mazhab sebaliknya pendapat mazbah maliki sahaja. Lebih bahaya, golongan mangsa rogol akan terjatuh di bawah kategori ini. Sebiknya, untuk menutp mulut-mulut celupar UMNO dan NGO feminis anti Islam, PAS merujukkan sebarang rang undang-undang shariah yang ingin dibuatnya kepada golongan ulamak pakar termasuklah diluar negara seperti Mekah, Madinah, Mesir, dan merujuk sama kepada Majlis Agama dan Mufti-mufi agar mereka semua boleh memberikan buah fikiran masing-masing. BArulah model undang-undang yang dikeluarkan nanti sukar hendak diserang oleh UMNO.

4. ADUN Khianat

Masalah ADUN khianat khususnya dari PKR menjadi masalah yang sangat besar kepada Pakatan kerana rakyat akan hilang kepercayaan kepada integriti calon. Bak kata DAP, calon PKR patut ditarbiyah melalui usrah-usrah sepertimana Adun Adun PAS yang memang kaki masjid. Nasihat DAP ini eloklah didengar akan Pakatan kekal menjadi gabungan yang kuat.

5. Agenda ekonomi masih tak gempak

Sewajarnya Pakatan buat satu meja bulat membincangkan kaedah-kaedah menguatkan ekonomi dikalangan negeri-negeri Pakatan. Buat sekali seminar-seminar dan jelaskan peluang-peluang bisnes dan insentif yang ditawarkan oleh Pakatan kepada peniaga-peniaga.

Kepada peniaga Melayu yang masih baru bertapak atau baru menceburi bidang perniagaan, anjurkan program-program pendidikan dan kursus-kursus yang memantapkan bisnes mereka. Masukkan sekali modul-modukl berhubung kaedah berniaga secara betul yang diajar oleh Quran Sunnah.

Memandangkan orang melayu memang cepat bosan, anjurkan sekali program-program riadah yang menyeronokkan dan menguatkan ukhwah dikalangan bisnesman bisneswoman Melayu/Pakatan termasuklah memancing, sukan ataupun yang bersifat pertandingan seperti bola.

Lagi 45 cadangan tu penulis masukkan lain kali. Pengsan pulak nak membacanya sekaligus, kui kui.

Tiada ulasan: