“Pertama sekali polis belum menjelaskan keadaan bagaimana penjenayah ini ditembak mati.Siapakah mereka, adakah merupakan satu desakan dan satu keperluan, untuk membunuh keempat-empat orang.
“Saya percaya tidak ada orang yang melarikan diri, tidak adasurvivor dalam kejadian ini, ke empat-empatnya semua ditembak mati dan kita hendak tahu apa senjata yang mereka pakai dan kenapa perlunya membunuh semua.
"Kita rasa pelik, kenapa perlunya perompak curi peluru dan akhirnya dapat dikembalikan. Ini satu cerita yang sangat pelik sekali," katanya di lobi parlimen, semalam.
Jumlah orang awam dirembak mati meningkat
Beliau turut melahirkan rasa bimbang apabila merujuk jawapan bertulis yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) di parlimen mencatatkan jumlah orang awam yang ditembak mati oleh anggota polis meningkat daripada 9 orang kepada 88 orang pada tahun lalu.
Dalam perkembangan yang sama, TVSelangor juga melaporkan bahawa ahli parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoalkan penemuan RM300,000 di rumah exco Pahang itu.
Soalnya, bagaimana seorang exco BN mampu mengumpulkan wang sebegitu banyak, untuk apa wang itu akan digunakan dan mengapa ia tidak disimpan dalam peti simpanan bank.
Akhbar The Star 6 Julai lalu melaporkan tindakan pantas polis menembak mati empat penjenayah yang memecah masuk rumah Datuk Wan Adnan Wan Mamat di Jalan Teluk Sisek, Kuantan.
“Tetapi dalam berita ini menyiarkan bahawa perompak telah melarikan RM300 ribu wang tunai daripada kediaman beliau dan perkara ini telah menimbulkan banyak persoalan bagaimana exco seorang kerajaan negeri boleh menyimpan begitu banyak tunai di dalam simpanan,” kata Azan (atas).
'Begitu berani simpan wang sebegitu banyak'
Beliau berkata adalah menjadi perkara luar jangkaan apabila seorang exco berani menyimpan wang yang begitu banyak di kediamannya memandangkan ia boleh menimbulkan pelbagai sangkaan.
"Hari ini begitu banyak berita berkenaan simpanan tunai yang berkaitan kerajaan beberapa isu kita dengar di Pulau Pinang dan sebagainya yang melibatkan kakitangan kerajaan ataupun orang yang diberi amanah oleh kerajaan sebagai pentadbir termasuk exco.
"Kita minta pihak berkuasa menyiasat adakah kebenaran laporan akhbar ini bagaimana seorang exco kerajaan negeri boleh menyimpan begitu banyak tunai di dalam kediamannya yang menjadikan kes ini kes rompakan dengan kesudahan empat orang ditembak mati oleh pihak polis yang juga menimbulkan banyak isu yang mana lima tahun kebelakangan ini banyak kes-kes tembakan yang menyebabkan berlaku kematian kepada suspek atau juga orang-orang yang di anggap penjenayah,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan