BERLIN, 9 Julai: Tinggal tiga hari menjelang final Piala Dunia 2010, fokus dunia menghala ke Jerman hari ini di mana sotong kurita “Paul” membuat ramalan terbesar dalam kejohanan ini - Sepanyol akan menewaskan Belanda awal pagi Isnin ini (waktu Malaysia).
Paul tidak membuat kesilapan dalam ramalannya dari akuarium di Oberhausen Sea Life sejak kejohanan ini bermula sebulan lalu.
Stesen-stesen TV Jerman, Great Britain, Taiwan dan beberapa tempat lain menyiarkan secara langsung keputusan “Paul” hari ini.
Berjuta-juta peminat bola sepak mengikuti sotong kurita ini memilih peti lutsinar yang berbenderakan Sepanyol.
Ini kali pertama “Paul” diberikan tanggungjawab memilih bakal pemenang dalam perlawanan yang tidak melibatkan pasukan Jerman.
Sotong kurita “Paul” dengan tepat meramalkan Jerman akan menewaskan Argentina, England, Australia dan Ghana manakala ia akan tewas di tangan Sepanyol dan Serbia.
Bagaimanapun burung kakak tua bernama “Mani” dari Singapura pula memilih Belanda.
Belanda dan Sepanyol memasuki ke final masing-masing julung kali dalam tempoh 32 dan 44 tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan