"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahu pilihanraya kecil? Jemput MP,kemudian jamu durian dengan gulai kambing

cucupakkasim
"Kah..Kah..Kah.. nasib baik lagi, kalau lambat sikit 'paramedic' sampai, pilihanraya kecil pulak kita semua.
Anda nak buang Ahli Parlimen kawasan anda? Aku ada satu cadangan. Apa kata anda jemput Ahli Parlimen kawasan anda, kemudian buat sikit kenduri, jamu mereka dengan durian dengan gulai kambing ...

mesti jatuh gedebuk! tergolek ! Pitam ! sebab MP yang dok ada semuanya ada penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis. Kalau nasib anda baik, dapat lah anda semua mengundi untuk pilihanraya kecil.
Itu yang terjadi kepada Ahli Parlimen Sibuti, Serawak Ahmad Lai Bujang, yang terpaksa dikejarkan ke hospital setelah jatuh pitam kerana tekanan darah tinggi selepas di jamu pada satu majlis kenduri dengan menu durian dan kari kambing di dewan serba guna banggunan parlimen yang dibuat untuk semua wakil-wakil rakyat kelmarin.

Dari mula 'function' MP ini asyik ketawa, gelak, seronok, bercakap tak berhenti-henti sambil melantak durian dengan kari kambing... tiba-tiba dia berhenti bercakap, berhenti gelak, mata hitam dah hilang, tinggal mata putih sementara yang lain-lain yang duduk dimeja yang sama dengan beliau mengosok-gosok dahi dan belakang MP ini. Bila di tanya... "are you allright?" tiada jawapan, badan semua sudah jadi keras, dan air liur sudah mula meleleh melalui mulut. Apa lagi? Nasib baik 'paramedic' yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat ada disana dan bersiap sedia sebab mereka tahu yang ramai MP didewan rakyat kebanyakan semuanya berpenyakit, telah segera memberikan rawatan oksigen. Kalau tidak, mengundi pulak kita..!!


http://dollahyankee.blogspot.com

dollah yankee -
Ada agen 'secret service' beritahu gurkah-gurkah politik di'port' yang ada MP gelak sakan bila tengok MP ini jatuh pitam.

Tiada ulasan: