Mummy Rokiah
Bolasepak Piala Dunia 2010 kali ini agak menarik dengan peranan penting sotong “Paul, the psychic Octopus” peramal pasukan German. “Paul” dilahirkan pada tahun 2006 di Weymouth dan sekarang bermastautin di Germany’s Oberhausen’s Sealife Aquarium.
Sepanyol pulak mengatur permainan yang begitu rapi untuk membuktikan bahwa ramalan “Paul” adalah tepat dan benar.
Apa pun mereka yang berjudi memilih German sebagai pemenang telah mengalami kerugian jutaan ringgit malah billionan ringgit kerana tidak percaya dengan ramalan “Paul”. Ada yang rugi berbillion ringgit bersamaan dengan pendapatan negeri Perlis dan Negeri Sembilan apabila lesen judi ditarik balik.
Jangan pulak ada yang keciwa dan marah kerana kerugian berjudi akan memburu “Paul” untuk disembelih dan di buat sambal sotong atau “Fried Squid In Oyster Sauce”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan